Loading...
Judul : Annuar Musa Tidak Mahu DBKL Kejar Dan Halau Penjaja Lagi
link : Annuar Musa Tidak Mahu DBKL Kejar Dan Halau Penjaja Lagi
Annuar Musa Tidak Mahu DBKL Kejar Dan Halau Penjaja Lagi
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan mengarahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya memberi isyarat baharu kepada penjaja dan peniaga kecil di bandaraya ini bagi memudahkan urusan permohonan lesen mereka.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa, berkata beliau tidak mahu lagi melihat DBKL mengejar atau menghalau penjaja kecil sekali gus memperlihatkan imej kerajaan seolah-olah 'komunis' dalam berdepan situasi itu.
Sebaliknya, beliau mahu pendekatan secara perbincangan dijalankan supaya mereka boleh terus menjalankan perniagaan.
"Kita faham disebabkan COVID-19 ini, ramai orang hilang kerja jadi sesiapa yang nak menceburkan diri dalam perniagaan saya mahu mereka kena ikut peraturan dan harus bekerjasama dengan DBKL.
"Ia termasuk mencari tempat sesuai, tidak menghalang keperluan orang ramai, tidak kacau trafik, jaga kebersihan dan jangan tinggalkan sampah.
"Saya mahu DBKL menggalakkan mereka dan permudahkan, jangan sulitkan dan jangan macam halau ayam guna lesung.
"Seperti penjaja 'rambo', sekali mereka datang kena halau dan lari, saya kata (kepada DBKL) duduk dan bincang dengan mereka, beri mereka garis panduan.
"Kita tidak mahu dilihat seperti kerajaan gerila komunis, kita mula cara baharu, " katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Pada masa sama, dalam usaha DBKL ingin membantu penjaja dan peniaga kecil, golongan itu juga seharusnya memberikan kerjasama dan bertimbang rasa dengan mematuhi semua garis panduan ditetapkan khususnya ketika COVID-19 termasuk membabitkan aspek kebersihan dan penjarakan sosial.
Dalam perkembangan sama, pihaknya juga sudah mengenal pasti sekurang-kurangnya 103 lot di pusat beli-belah Berjaya Times Square diberikan kepada peniaga kecil khususnya dalam kalangan anak muda.
"Saya juga sedang berunding dengan sebuah syarikat francais untuk membuka kiosk makanan dan sebagainya," katanya.
Terdahulu, beliau menyerahkan lesen perniagaan kepada penjaja trak makanan, Minah Awang, 71, yang berniaga nasi dagang dengan di Jalan Medan Setia, di sini.
Minah atau dikenali sebagai Che Nah sudah 35 tahun menjalankan perniagaan nasi dagang namun masih belum dapat lesen perniagaan.
Annuar berkata, pemberian lesen perniagaan kepada Che Nah ini adalah simbolik mengenai isyarat baharu yang ingin diberikan bagi memudahkan urusan permohonan membabitkan perkara itu.
Sementara itu, Che Nah berkata, sejak lebih 30 tahun berniaga tanpa lesen, pelbagai kesukaran dialaminya antara termasuk pengalaman traknya ditarik pihak berkuasa.
Che Nah yang memandu sendiri traknya berkata, memperoleh lesen perniagaan perkara yang amat diidamkan dan ia menjadi pemangkin semangat meneruskan perniagaan bagi menyara kehidupan.
"Ada sampai 10 kali kena tarik tapi makcik tawakal sahaja sebab niat memang nak cari makan...hari ini bersyukur dan berterima kasih, " katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Annuar Musa Tidak Mahu DBKL Kejar Dan Halau Penjaja Lagi
Sekianlah artikel Annuar Musa Tidak Mahu DBKL Kejar Dan Halau Penjaja Lagi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Annuar Musa Tidak Mahu DBKL Kejar Dan Halau Penjaja Lagi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/annuar-musa-tidak-mahu-dbkl-kejar-dan.html
0 Response to "Annuar Musa Tidak Mahu DBKL Kejar Dan Halau Penjaja Lagi"
Catat Ulasan