Loading...
Judul : BN Tak Wajar Menang Percuma, Rakyat Mahu PRK Chini Diadakan !
link : BN Tak Wajar Menang Percuma, Rakyat Mahu PRK Chini Diadakan !
BN Tak Wajar Menang Percuma, Rakyat Mahu PRK Chini Diadakan !
SPR sebelum ini mengumumkan tarikh 20 Jun sebagai hari pencalonan, 30 Jun undi awal dan 4 Julai hari pembuangan undi bagi Pilihanraya Kecil DUN N.23 Chini.
Menurut salah seorang wakil penduduk yang ditemui di Felda Chini Dua berkata dengan ada pilihabraya kecil barulah berbagai projek segera akan turun sama macam PRK di kawasan lain.
"Kami bukan seronok sangat, tapi kami ingin melihat bajet dan peruntukan pusat turun disini pada musim PRK. Rakyat dapat manfaat sebab berbagai janji akan ditaburkan oleh kerajaan setiap kali berlakunya PRK," katanya.
Sementara itu seorang peniaga di sini pupa berkata dengan adanya PRK pasti ramai petugas dan pemimpin akan berkampung di Chini.
"Kami para peniaga yang sekian lama tidak dapat menjalanlan operasi akibat PKP dan PKPB pasti akan mendapat limpahan rezeki yang berganda-ganda. Jika tiada PRK (BN menang percuma, maka manfaat hanya diperolehi oleh calon. Sedangkan kami hanya menyaksikan dari jauh dapat menumpang kegembiraan sahaja. Mungkijn ada kenduri rakyat atas kesyukuran kerana menang," katanya.
Sementara itu, seorang pemimpin PKR yang ditemui pula berkata beliau gembira sekiranya berlaku pilihanraya kerana banyak isu rakyat boleh diangkat kerana semua media tertumpu ke kawasan ini.
"PKR tak bertanding, maka kami nak kempen siapa? Dalam masa yang sama Pengerusi PKR Pahang, Fuziah Salleh dengan jelas mengatakan mereka akan sokong calon bebas. Maka kita akan gerakkan jentera untuk turun padang bagi memberi tentangan kepada BN sekiranya berlaku pertandingan," katanya.
Ternyata rakyat di kawasan Chini mahukan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan kerana inilah kali pertama dalam sejarah pembangkang (PH) tidak meletakkan calon dalam sesebuah pilihan raya kecil. Justeru mereka mahu kemeriahan PRK itu dapat dirasai sama dengan yang telah diadakan di tempat lain sebelum ini.
Lagi pun situasi Covid-19 di pula kian menunjukkan petanda positif dan kerajaan baru mengumumkan kelonggaran dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Makanya kempen juga dengan kaedah baru mengikut SOP yang telah ditetapkan. #pahangdaily
Demikianlah Artikel BN Tak Wajar Menang Percuma, Rakyat Mahu PRK Chini Diadakan !
Sekianlah artikel BN Tak Wajar Menang Percuma, Rakyat Mahu PRK Chini Diadakan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel BN Tak Wajar Menang Percuma, Rakyat Mahu PRK Chini Diadakan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/bn-tak-wajar-menang-percuma-rakyat-mahu.html
0 Response to "BN Tak Wajar Menang Percuma, Rakyat Mahu PRK Chini Diadakan !"
Catat Ulasan