Judul : Covid-19: Sebanyak 39 Kes Pulih, 19 Kes Positif Baharu Hari Ini
link : Covid-19: Sebanyak 39 Kes Pulih, 19 Kes Positif Baharu Hari Ini
Covid-19: Sebanyak 39 Kes Pulih, 19 Kes Positif Baharu Hari Ini
KUALA LUMPUR: Terdapat 19 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 8,322 kes setakat kini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu itu, enam adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
"Daripada 13 kes penularan dalam negara, dua kes adalah warga asing dan 11 kes di kalangan warga Malaysia," katanya pada sidang media hari ini.
Dr Noor Hisham berkata, ia sekali gus menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,531 kes.
Beliau berkata, terdapat 39 kes pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 6,674 kes atau 80.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Sementara itu, katanya, seramai lima kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), tiada kes memerlukan bantuan pernafasan. #sumber
Demikianlah Artikel Covid-19: Sebanyak 39 Kes Pulih, 19 Kes Positif Baharu Hari Ini
Anda sekarang membaca artikel Covid-19: Sebanyak 39 Kes Pulih, 19 Kes Positif Baharu Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/covid-19-sebanyak-39-kes-pulih-19-kes.html
0 Response to "Covid-19: Sebanyak 39 Kes Pulih, 19 Kes Positif Baharu Hari Ini"
Catat Ulasan