Loading...

Isu Denda Parkir: MPK Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat PRU-15 !

Loading...
Isu Denda Parkir: MPK Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat PRU-15 ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Denda Parkir: MPK Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat PRU-15 !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Denda Parkir: MPK Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat PRU-15 !
link : Isu Denda Parkir: MPK Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat PRU-15 !

Baca juga


Isu Denda Parkir: MPK Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat PRU-15 !


KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)  digesa menangguhkan dulu tarif baru denda parkir jika alasan untuk mendidik orang ramai yang gagal melunaskan bayaran tunggakan parkir.

Demikian dijelaskan oleh Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli ketika mengulas kenyataan yang dibuat oleh Yang DiPertua MPK, Dato' Hamdan Hussin semalam. 

MPK kata Hamdan bertanggungjawab untuk mendidik orang ramai supaya tahu peranan mereka untuk membuat bayaran parkir setiap kali meletakkan kenderaan di petak parkir yang disediakan pihaknya.

Hamdan jugavberkata, mereka yang gagal berbuat demikian pasti akan dikenakan kompaun sebagaimana yang telah ditetapkan, namun MPK lebih tegas sejak melaksanakan kadar kompaun baharu bermula 1 Jun lalu. langkah itu terpaksa diambil memandangkan sebelum ini orang ramai hanya memandang mudah terhadap kompaun yang dikenakan terhadap mereka.

Namun, menurut Shukri kenaikan kadar denda itu terlalu tinggi melebihi 1,000 peratus. Bayangkan, Jika sebelum ini, jumlahnya lebih kecil seperti RM10 dan RM15 bagi tempoh 7 hari dan 14 hari, tetapi kini MPK menetapkan bayaran kompaun adalah RM30 dalam tempoh 30 hari sebelum digandakan kepada RM300 selepas 30 hari dari tarikh dikompaun.

Kenaikan mendadak ini menimbulkan kemarahan sebahagian besar warga Kuantan. Rata-rata mengganggap ini bukan mendidik tetapi lebih kepada mendera rakyat.

"Jika mendidik, MPK sepatutnya memberi tempoh tertentu sebelum perlaksaaannya. Buat hebahan di media, kain rentang, bunting, poster dan sebagainya. Didik rakyat supaya faham kenapa kenaikan itu dilaksanakan,"

"Tambahan pula rakyat masih tertekan dengan masalah ekonomi yang kian memcengkam akibat wabak pandemik Covid-19. Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan sekarang dimana kegiatan ekonomi hanya boleh dilakukan dari jam 7.00 pagi hingga jam 7.00 malam, maka kenaikan caj ini tidak relevan pada waktu sekarang," kata Shukri.

Katanya lagi,  memang benar bagi yang tidak mahu disaman mereka boleh beli kupon parkir atau gunakn Apps PahangGo. 

"Tetapi promosi besar-besaran kaedah ini adakah sudah dilakukan? Berapa ramai yang tahu kewujudan dan cara guna Apss itu sebenarnya. Berapa ramai rakyat terutamanya orang-orang tua yang buat IT untuk lakukan itu semua. Bagaimana pula dengan orang luar yang datang bertugas atau bercuti ke bandar Kuantan nanti?," tambah Shukri.

Beliau turut mengigatkan MPK, jangan nanti kemarahan rakyat menyebabkan kerajaan tewas lagi di Parlimen Kuantan. Tiga penggal kerusi parlimen ini dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh. 

"Berbagai cubaan dilakukan untuk memenangi hati rakyat untuk merampas semula kerusi ini. Namun, tindakan pihak berkuasa tempatan itu membuat tindakan yang menimbulkan kemarahan rakyat dikhuatiri boleh memberi impak kekalahan lagi kepada kerajaan BN di kerusi parlimen Kuantan akhirnya," jelas Shukri lagi.

Inilah yang berlaku sebenarnya. Apabila rakyat membuat protes maka impaknya pada Pilihanraya Umum Ke-15 akan datang. Akhirnya Fuziah tidak perlu berkempen, dan tetap menang kerana protes rakyat.

MPK perlu berhati-hati dengan tindakan ini. Jangan hanya memikirkan keuntungan mudah semata-mata, maka suara rakyat dinafikan. Baru saja mahu menjadi bandaraya sudah menekan rakyat. 

"Jika MPK terus melaksanakan tindakan ini maka saya tidak teragak-agak akan membuat protes yang sama seperti sebelum ini. Bagi saya MPK baru sahaja mendapat anugerah Bandar Paling Bahagia daripada KPKT. Makanya biarlah kebahagiaan itu diagihkan sama rata, jangan MPK sahaja bahagia tetapi rakyat menderita. Jangan samakan Kuantan dengan Kuala Lumput yang sudah lama naik taraf bandaraya," tambah beliau.

Tinjauan PDO mendapati rakyat amat kecewa dengan tindakan ini. Sepatutnya untuk mendidik MPK tawarkan juga diskaun kepada saman parkir yang tertunggak dan memperbaiki prasrana kemudahan trafik di bandar ini terutamanya dari segi petak parkir, jalan rosak dan sebagainya.

Melakukan tindakan tanpa hebahan menyebabkan rakyat marah dan akhirnya mereka abaikan semua itu. Bahkan lebih drastik lagi, pasti ada yang akan koyakkan kertas saman MPK itu didepan mata penguatkuasa. Mendekati rakyat bukanlah begini caranya, ia kena lebih mesra dan berhemah. 

Apa pun MPK ada hak untuk bertindak kerana mereka adalah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkuasa di bandar ini. Rakyat hanya mampu menangis dalam kebahagian yang dimiliki oleh MPK. #pahangdaily


Demikianlah Artikel Isu Denda Parkir: MPK Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat PRU-15 !

Sekianlah artikel Isu Denda Parkir: MPK Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat PRU-15 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Denda Parkir: MPK Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat PRU-15 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/isu-denda-parkir-mpk-perlu-tangguhkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Denda Parkir: MPK Perlu Tangguhkan Dulu Jika Tidak Mahu Lihat Protes Rakyat PRU-15 !"

Catat Ulasan

Loading...