Loading...

Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK !

Loading...
Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK !
link : Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK !

Baca juga


Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK !


KUANTAN  -  Penyelaras Angkatan Pembela Rakyat (Angkara), Mohd Shukri Mohd Ramli telah membuat satu laporan polis terhadap Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berkaitan isu premis warga asing yang "tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan" di bandar ini.

Laporan telah dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan jam 2.30 petang semalam. Terdahulu pihak MPK dipercayai telah membuat laporan polis terhadap beliau dan dia dipanggil untuk siasatan kes yang sama pada Isnin.

Meurut Shukri, laporan terpaksa dibuat memandangkan beliau mengesyaki ada sesuatu yang mencurigakan berlaku di PBT terbabit hingga lambakan premis warga asing dibiarkan beroperasi tanpa sekatan terutamanya di Jalan Bukit Ubi dan Jalan Pasar dekat sini.

Beliau yang mencetus kontroversi baru selepas isu warga asing di Selayang baru-baru ini mendakwa, banyak perkara yang seharusnya diberi perhatian oleh pihak berkuasa bagi menangani isu ini. Jika tidak isu warga asing menjalankan perniagaan dalam negara ini tidak akan selesai.

"Laporan polis terhadap PBT ini adalah pemangkin kepada laporan berikutnya di PBT seluruh negara. Saya akan gerakkan kesederan rakyat tentang mengapa kita perlu bangkit sekarang. Saya yakin memang ada unsur khianat dalam isu ini hingga menyebabkan warga asing bermaharajalela menjalanan perniagaan," dakwa Shukri.

Difahamkan beliau juga akan membuat laporan berikutnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ini. 

"Mereka yang khianat ini perlu dibawa ke muka pengadilan. Isu ini memang sudah sekian lama terjadi dan tiada pihak yang membangkitkannya secara lebih detail seperti ini. Banyak isu yang saya huraikan bagi membuktikan kes warga asing ini serius sekarang. Jika terus dibiarkan, pasti negara ini akan dijajah secara terhormat oleh mereka sebenarnya.

"Justeru kesedaran adalah penting agar kita dapat mewarisi kedaulatan negara ini dengan sempurna kepada generasi akan datang. Kita tidak mahu mereka menyalahkan kita akibat kealpaan dan tidak berjuang menentag isu ini secara efektif," dakwa Shukri lagi.

Sementara itu difahamkan satu laporan polis juga telah dibuat terhadap beliau oleh isteri warga asing Bangladesh yang berbangsa Melayu. Ia berikutan Shukri membuat hantaran di facebook gambar premis beliau beberapa hari lalu. Siasatan lanjut menyusul. #PDO


Demikianlah Artikel Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK !

Sekianlah artikel Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/isu-premis-warga-asing-laporan-polis-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Premis Warga Asing, Laporan Polis Di Buat Terhadap MPK !"

Catat Ulasan

Loading...