Loading...

Jentera BN Di Chini Cukup Bersedia Dengan SOP Normal Baharu PRK

Loading...
Jentera BN Di Chini Cukup Bersedia Dengan SOP Normal Baharu PRK - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jentera BN Di Chini Cukup Bersedia Dengan SOP Normal Baharu PRK, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jentera BN Di Chini Cukup Bersedia Dengan SOP Normal Baharu PRK
link : Jentera BN Di Chini Cukup Bersedia Dengan SOP Normal Baharu PRK

Baca juga


Jentera BN Di Chini Cukup Bersedia Dengan SOP Normal Baharu PRK

PEKAN - Walaupun Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN)) Chini belum diketahui dengan jelas sama ada berlaku pertandingan atau sebaliknya, rata-rata jentera Barisan Nasional (BN) setempat dilihat menyerlah dan cukup bersedia.

Perkara tersebut diakui oleh Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan yang turun padang mengadakan perjumpaan bersama jentera setempat di beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebagai persediaan awal PRK kawasan tersebut.

“Kita nampak daripada siri lawatan awal dua kali kita turun bagi peringkat penerangan bukan hanya jentera penerangan cukup kukuh tetapi jentera PDM akar umbi yang akan bergerak dalam SOP normal baharu ini mereka dilihat sudah membuat persediaan-persediaan awal supaya apa sahaja SOP Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti sudah ada kesiapsiagaan dan persediaan untuk mengubah cara kita berkempen.

“Jentera Penerangan sendiri sedia menerima SOP yang akan dikeluarkan nanti dan kita dapatlah bayangan-bayangan awal contohnya barangkali tidak ada ceramah besar-besaran dan mungkin kita akan buat beberapa pendekatan yang dilaksanakan nanti yang tidak boleh dikongsi di sini tetapi kita bersedialah dengan cara penyampaian secara digital dan sebagainya lagi. Jadi ada beberapa perancangan kita yang akan kita laksanakan jika berlaku pertandingan kelak,” katanya kepada UMNO Online.

Terdahulu, beliau mengadakan perjumpaan bersama jentera akar umbi di beberapa buah PDM sepanjang dua hari lawatan kerja ke kawasan tersebut.

Tambah Shahril lagi, jasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun diiktiraf oleh masyarakat setempat dan ianya akan menjadi landasan utama kempen kelak jika seandainya berlaku pertandingan.

“Apa yang saya dengar dalam siri lawatan bersama jentera serta penduduk setempat, rata-rata tidak kira orang UMNO atau bukan ahli mereka mengiktiraf jasa arwah dan itu sebenarnya ‘point’ dan landasan utama untuk kita memulakan kempen. Selain daripada itu sudah tentu apa yang kita telah gambarkan tempat ini pun merupakan tempat Datuk Seri Najib Razak yang menjadi ketuanya…jadi ada banyak juga dasar-dasar di sini yang lebih mikronya yang pengundi sendiri tahu dan iktiraf,” ujarnya.

Tambahan lagi ujar beliau, kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail banyak perkara-perkara asas di bawah ‘state list’ yang telah diselesaikan dan dimajukan baru-baru ini.

“Sudah tentu ada beberapa perkara yang kita ambil maklum tentang pelaksanaanya dan sebagainya. Itu semua adalah penambahbaik dan jasa serta pengiktirafan kepada BN cukup jelas.

“Seandainya ada pertandingan, itulah akan menjadi hujah yang utama iaitu senarai-senarai perkara bukan hanya yang telah dibuat tetapi akan dibuat setiap peringkat bagi DUN ini dengan legasi Allahyarham yang kita nak panjangkan lagi baik dari segi bahagian Pekan itu sendiri, baik kerajaan negeri sendiri.

“Dan baru-baru ini dalam konteks kerajaan persekutuan yang baru pun banyak juga bantuan-bantuan ysng telah sampai dan kita nak teruskan momentum ini yang saya nampak jauh lebih baik daripada kerajaan 22 bulan yang mereka alami dibawah PH,” tambahnya. #sumber



Demikianlah Artikel Jentera BN Di Chini Cukup Bersedia Dengan SOP Normal Baharu PRK

Sekianlah artikel Jentera BN Di Chini Cukup Bersedia Dengan SOP Normal Baharu PRK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jentera BN Di Chini Cukup Bersedia Dengan SOP Normal Baharu PRK dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/jentera-bn-di-chini-cukup-bersedia.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jentera BN Di Chini Cukup Bersedia Dengan SOP Normal Baharu PRK"

Catat Ulasan

Loading...