Loading...
Judul : Kebenaran Rentas Negeri Beri Impak Positif Terhadap Pelancongan Pahang
link : Kebenaran Rentas Negeri Beri Impak Positif Terhadap Pelancongan Pahang
Kebenaran Rentas Negeri Beri Impak Positif Terhadap Pelancongan Pahang
KUANTAN - Kebenaran rentas negeri beri impak positif terhadap sektor pelancongan Pahang. Dilaporkan lebih dari 3,000 bilik kini sudah ditempah oleh pelancong dalam dan luar negeri.
Demikian kenyataan Exco Pelancongan Alam Sekitar dan Perladangan Negeri Pahang, Datuk Sri Mohd Sharkar Shamsuddin hari ini.
Katanya sebaik sahaja aktiviti merentas negeri dan melancong dibenarkan kerajaan bermula 10 Jun 2020, sektor perhotelan di negeri ini menerima tempahan mendadak daripada pelancong domestik.
"Tinjauan yang dilakukan mendapati beberapa hotel di negeri ini telah memperlihatkan sambutan yang begitu baik dari segi bilangan tempahannya yang mana sehingga pukul 12 tengah malam semalam, lebih 3,000 tempahan telah pun dibuat, dari lebih 500 hotel, motel, resort, chalet dan home stay dari 38,000 bilik penginapan di Pahang." katanya.
Menurut Sharkar, kawasan tanah tinggi Cameron Highlands menunjukkan perkembangan yang sungguh memberangsangkan dengan pertambahan jumlah tempahan yang mendadak sebaik sahaja rentas negeri dibenarkan oleh kerajaan.
"Sebagai contoh, sebuah hotel di Cameron Highlands menerima lebih 300 tempahan bilik dalam hanya beberapa jam selepas pengumuman kebenatan rentas negeri dibuat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang semalam", tambah beliau.
Difahamkan maklum balas dari Mybha (Persatuan Hotel Bajet Malaysia Cawangan Pahang ) juga menunjukkan perkembangan yang baik dalam kalangan ahlinya.
"Selain Cameron Highlands, destinasi-destinasi seperti Kuantan, Cherating, Rompin juga telah mula menerima tempahan dari pelancong"
"Beberapa hotel terkemuka di Taman Negara juga telah mula mendapat tempahan. Agensi Pelancongan Taman Negara yang terpilih juga telah menerima tempahan baru," katanya.
Memandangkan secara tradisinya pasaran Taman Negara sebahagian besar terdiri dari pasaran antarabangsa (66 peratus), agensi pelancongan dan resort perlu menyesuaikan aktiviti dan produk bersesuaian untuk menarik pasaran tempatan katanya.
Selain itu, sambutan bagi Pulau Tioman juga menampakkan perkembangan positif. Bagaimanapun aktiviti laut seperti skuba dan snorkeling masih belum dibuka. Ini agak mengesankan memandangkan aktiviti-aktiviti ini merupakan produk penting bagi Pulau Tioman.
Sementara itu beliau turut mendakwa Genting Highlands masih belum dibuka memandangkan aktiviti utamanya, taman tema belum boleh dibenarkan operasinya oleh pihak kerajaan, sungguh pun begitu Genting Premium Outlet (GPO) sudah dibuka sebahagiannya.
"Keputusan kerajaan membenarkan rentas negeri dan pelancongan domestik telah memperlihatkan permulaan positif bagi industri pelancongan bangkit semula selepas berbulan-bulan mengalami kemerosotan impak pandemik COVID-19," tambah Sharkar.
Sharkar menambah, Negeri Pahang yakin industri pelancongan di negeri ini akan mendapat manfaat dari kebenaran rentas negeri ini dan sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) keselamatan khusus untuk dilaksanakan di semua hotel, resort di negeri ini.
Pihak penggiat pelancongan di negeri ini katanya juga memberi reaksi positif daripada keputusan kerajaan itu dan menjangkakan akan terus berlaku peningkatan dalam pelancongan domestik dan bersedia memastikan SOP ditetapkan dipatuhi.
"Kerajaan Negeri Pahang juga akan akur dan patuh dengan segala SOP yang ditetapkan kerajaan dan jika berlaku kes jangkitan COVID-19, hotel atau resort terlibat akan segera ditutup."
"Negeri Pahang akan terus membantu dan mencari penyelesaian yang terbaik bagi memastikan industri pelancongan khususnya sektor perhotelan dapat dipulihkan kembali selepas terjejas teruk ekoran pandemik COVID-19," tambah beliau lagi. #sumber
Demikianlah Artikel Kebenaran Rentas Negeri Beri Impak Positif Terhadap Pelancongan Pahang
Sekianlah artikel Kebenaran Rentas Negeri Beri Impak Positif Terhadap Pelancongan Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kebenaran Rentas Negeri Beri Impak Positif Terhadap Pelancongan Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/kebenaran-rentas-negeri-beri-impak.html
0 Response to "Kebenaran Rentas Negeri Beri Impak Positif Terhadap Pelancongan Pahang"
Catat Ulasan