Loading...

MB: Masalah Air Bersih 33,000 Penduduk DUN Chini Selesai 2021

Loading...
MB: Masalah Air Bersih 33,000 Penduduk DUN Chini Selesai 2021 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MB: Masalah Air Bersih 33,000 Penduduk DUN Chini Selesai 2021, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MB: Masalah Air Bersih 33,000 Penduduk DUN Chini Selesai 2021
link : MB: Masalah Air Bersih 33,000 Penduduk DUN Chini Selesai 2021

Baca juga


MB: Masalah Air Bersih 33,000 Penduduk DUN Chini Selesai 2021


PEKAN – Masalah air bersih yang ditanggung 33,000 penghuni isi rumah di Felda Chini dan kampung sekitar, dijangka diatasi September 2021 apabila siap kolam takungan air terawat Chini bernilai lebih RM18 juta, kata MB Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail, hari ini.

Jelas beliau, projek membina kolam takungan itu yang terhalang selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara akan dimulakan semula September ini dan selesai dalam masa 12 bulan.

“Kolam ini mampu menampung bekalan air terawat sehingga lebih 22 hari ketika musim kemarau dan ia boleh menyelesaikan masalah air di kawasan Chini 1, 2 dan 3, Chini Timur, kawasan simpang Paloh Hinai sehingga ke Kampung Mambang, Kampung Padang Rumbia dan Gumum.

“Sejumlah RM18 juta peruntukan telah disediakan oleh kerajaan Pusat yang baru. Kelewatan peruntukan projek ini berlaku akibat unsur unsur negatif daripada kerajaan PH selama 22 bulan yang menjejaskan penyediaan tetapi telah diatasi oleh kerajaan Perikatan Nasional,” ujar beliau selepas melakukan lawatan kerja ke projek membina kolam takungan air Chini di Muka Sauk Sungai Mentiga, dekat Kampung Dusun di sini.

Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Ahli Parlimen Pekan, Datuk Sero Mohd Najib Tun Razak dan Pengerusi FELDA, Datuk Seri Seri Idris Jusoh.

Selain itu tambah Wan Rosdy, kerja-kerja membina kolam takungan hiliran (ORS) di Muka Sauk Sungai Mentiga, Chini akan dilaksanakan oleh FELDA melalui FIC Integrated Property Management Sdn Bhd.

“Kolam ini mampu mengatasi masalah sumber bekalan air mentah yang sering dihadapi penduduk ketika musim kemarau. Ia juga berfungsi sebagai kolam pra rawatan bagi memastikan bekalan kualiti air mentah terawat yang mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Kolam ORS itu pada asalnya hanya boleh menampung bekalan air sehingga 11 hari ketika musim kemarau tetapi semasa taklimat tadi, saya telah meminta agar dibina ORS yang lebih besar kapasiti dan boleh menampung bekalan air sehingga 22 hari ketika kemarau dan ini telah dipersetujui oleh Datuk Seri Idris dengan sedikit peruntukan tambahan.

“Dengan bermulanya pembinaan projek ini, ia adalah bukti kerajaan negeri meneruskan perjuangan yang dimulakan oleh bekas ADUN Chini, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun, sejak tahun 2017 untuk rakyat Chini menikmati bekalan air bersih,” ujar beliau. #sumber


Demikianlah Artikel MB: Masalah Air Bersih 33,000 Penduduk DUN Chini Selesai 2021

Sekianlah artikel MB: Masalah Air Bersih 33,000 Penduduk DUN Chini Selesai 2021 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MB: Masalah Air Bersih 33,000 Penduduk DUN Chini Selesai 2021 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/mb-masalah-air-bersih-33000-penduduk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MB: Masalah Air Bersih 33,000 Penduduk DUN Chini Selesai 2021"

Catat Ulasan

Loading...