Loading...

PH Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding PRK Chini

Loading...
PH Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding PRK Chini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding PRK Chini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding PRK Chini
link : PH Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding PRK Chini

Baca juga


PH Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding PRK Chini

PETALING JAYA: PKR dan Pakatan Harapan (PH) Pahang akur dengan keputusan pucuk pimpinan pusat gabungan itu untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada 4 Julai ini.

Pengerusi PH Pahang, Fuziah Salleh bagaimanapun berkata, gabungan itu akan menyokong calon Bebas yang bakal bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN) di situ.

“Itu adalah keputusan selepas perbincangan Majlis Presiden PH, jadi walaupun PKR Pahang telah bersiap sedia dan memulakan gerak kerja, tetapi kita terpaksa akur dengan keputusan pimpinan.

“Kita tahu wabak Covid-19 meletakkan risiko tinggi kepada petugas, selain petugas dari negeri lain tidak boleh merentas negeri untuk membantu calon.

“Apapun kita akur dan besar kemungkinan akan sokong calon Bebas yang kita rasa layak dan mengikut cita rasa kita nanti.

“Kita akan sokong untuk lawan Umno. Keputusan PKR tidak meletak calon tidak bermakna petugas kita akan terus tarik ‘handbrake’, kita akan sokong calon Bebas,” katanya.

Fuziah yang juga pengerusi PKR Pahang berkata, keputusan tidak meletakkan calon tidak bermakna mereka “takut” pada BN.

“Saya sudah buat pengumuman minggu lepas, kita (PKR Pahang) sudah sedia bertanding, tetapi keputusan dibuat PH pusat itu kena diterima,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan Prosedur Operation Standard (SOP) yang akan disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRK itu juga tidak memihak kepada pembangkang.

Beliau berkata, walaupun pembangkang mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN Chini, namun hasil tinjaun yang dilakukan, menunjukkan kelebihan berada di pihak BN, termasuk penggunaan jentera kerajaan ketika berkempen.

“Kita tahu Umno akan guna jentera kerajaan. Kita tengok ketika PRK Cameron Highlands, masa itu kita kerajaan PH, tetapi mereka (BN) guna agensi kerajaan pusat seperti Felda buat program untuk menteri besar.

“Kita tahu apa yang mereka akan lakukan kali ini. Ia tidak memberi kelebihan kepada kita,” katanya.

Katanya, tinjauan juga mendapati banyak isu rakyat gagal diselesaikan di bawah BN, antaranya masalah bekalan air.

“Antara isu paling besar ialah air. Selama 60 tahun isu air di Chini tidak selesai. Itu rintihan penduduk.

“Juga isu Tasik Chini yang mati, isu pengondolan bukit dan perlombongan haram,” katanya.

Semalam PKR memutuskan untuk tidak akan bertanding dalam PRK Chini Julai ini.

Setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan itu yang turut dipersetujui Majlis Presiden PH dibuat selepas mengambil kira penularan Covid-19 yang belum ditangani sepenuhnya.

DUN Chini kosong ekoran kematian penyandang, Abu Bakar Harun, 60, kerana serangan jantung pada 6 Mei.

Wakil rakyat BN itu menewaskan pencabarnya, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim dari PAS dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR dengan majoriti 4,622 undi, selepas meraih 10,027 undi berbanding 5,405 undi dan 1,065 undi. #sumber



Demikianlah Artikel PH Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding PRK Chini

Sekianlah artikel PH Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding PRK Chini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding PRK Chini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/ph-sokong-calon-bebas-selepas-putus.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PH Sokong Calon Bebas Selepas Putus Tidak Tanding PRK Chini"

Catat Ulasan

Loading...