Loading...
Judul : PRK Chini: Hantar Saya Ke DUN, Rakyat Dapat Banyak Manfaat Dengan Adanya Pertandingan
link : PRK Chini: Hantar Saya Ke DUN, Rakyat Dapat Banyak Manfaat Dengan Adanya Pertandingan
PRK Chini: Hantar Saya Ke DUN, Rakyat Dapat Banyak Manfaat Dengan Adanya Pertandingan
Menurut Shukri, jika tiada pertandingan iaitu BN menang percuma banyak isu rakyat tak dapat diangkat seperti perumahan generasi kedua Felda, isu pencerobohan hutan, pengondolan tanah, pencemaran Tasik Chini, isu bekalan air dan warga asing (PATI) di ladang-ladang sebagainya.
"Dengan adanya PRK barulah isu ini dapat diangkat, sebab semua media arus persana memberi tumpuan ke Chini. Sebab itulah saya tawarkan diri, lagi pun PKPB sudah menghampir penghujung dan banyak aktiviti yang telah dilonggarkan oleh kerajaan," kata Shukri.
Malah kata Shukri, rakyat juga akan menerima pembangunan yang berlimpah ruah daripada kerajaan pusat. Berbagai projek segera akan turun dan mereka boleh menikmatinya sebab bukan senang nak bertemu pula dengan piliharaya kecil akan datang. Inilah ganjaran dan pengorbanan yang saya lakukan demi rakyat Chini.
"PRK Chini adalah platform yang sesuai untuk saya mencuba sekali lagi untuk masuk ke Sidang DUN Pahang. Saya telah mencuba pada PRU-12 Di DUN Kemayan atas tiket PKR. Pada PRU-13 saya cuba lagi di DUN Semambu atas tiket bebas. Maka sebelum PRU-15 akan datang, apa salahnya saya membuat cubaan yang ketiga di Chini," kata Shukri.
"Mantan ADUN Chini, Allahyarham Datuk Sri Abu Bakar Harun adalah sahabat saya. Bila dia datang Kuantan kami selalu minum teh di Indera Mahkota Dua. Arwah anak peneroka Felda Jengka 3, saya pula anak peneroka Jengka 7. Bahkan kami rapat sebab kami dari sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Jengka 2, Maran. Bezanya dia jadi peneroka tapi saya jadi aktivis rakyat," katanya lagi.
Beliau berkata, dia mahu teruskan perjuangan arwah untuk mengangkat isu-isu rakyat yang tidak sempat dibawa.
"Jika BN kalah atau menang, ia sedikit pun tidak merubah Kerajaan Negeri Pahang. Lagi pun tempoh tidak lama sebelum PRU-15 nanti. Saya faham situasi masyarakat Felda kerana saya anak peneroka. Saya mahu jadikan Chini pemangkin untuk masuk DUN kerana sudah lama saya bersuara di luar dalam memperjuangkan isu rakyat," tambah beliau.
Warga Chini harus menerima kehadiran Mohd Shukri atau dikenali juga sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) dengan hati terbuka. Ini adalah peluang untuk beliau gegarkan Dewan Undangan Negeri Pahang sebenarnya. Harus diingat, BN pernah tewas di DUN Chini dengan lima undi. Mungkin badi itu boleh melekat dihati rakyat untuk menganggat seorang aktivis dan pejuang rakyat pula membela nasib mereka selepas ini. #pahangdaily
Demikianlah Artikel PRK Chini: Hantar Saya Ke DUN, Rakyat Dapat Banyak Manfaat Dengan Adanya Pertandingan
Sekianlah artikel PRK Chini: Hantar Saya Ke DUN, Rakyat Dapat Banyak Manfaat Dengan Adanya Pertandingan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRK Chini: Hantar Saya Ke DUN, Rakyat Dapat Banyak Manfaat Dengan Adanya Pertandingan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/prk-chini-hantar-saya-ke-dun-rakyat.html
0 Response to "PRK Chini: Hantar Saya Ke DUN, Rakyat Dapat Banyak Manfaat Dengan Adanya Pertandingan"
Catat Ulasan