Judul : PRK DUN Chini: Polis Telah Buka Dua Kertas Siasatan
link : PRK DUN Chini: Polis Telah Buka Dua Kertas Siasatan
PRK DUN Chini: Polis Telah Buka Dua Kertas Siasatan
Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata ia melibatkan laporan oleh polis berhubung kelakuan penyokong salah satu calon bertanding kerana didakwa membuat bising di hadapan pusat penamaan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan dekat sini, Sabtu lepas.
Beliau berkata satu lagi kertas siasatan pula melibatkan laporan oleh seorang calon Bebas yang mendakwa gambarnya disalah guna kononnya mewakili salah sebuah parti politik yang tidak bertanding pada PRK itu, yang tular di media sosial.
"Kes itu disiasat di bawah Akta Fitnah 1957 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun buat masa ini, tiada tangkapan telah dibuat, dan kita juga menasihatkan semua calon agar dapat terus mematuhi undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Kita harap suasana baik yang berlaku dalam beberapa hari pertama kempen dapat diteruskan supaya PRK DUN Chini boleh menjadi contoh kepada pilihan raya akan datang di negara ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau sesi persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di sini, hari ini.
PRK DUN Chini yang ditetapkan pada 4 Julai ini menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, serta Mohd Shukri Mohd Ramli, 49 tahun.
PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun dari BN akibat serangan jantung pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur.
Sementara itu Abd Jalil berkata polis berpuas hati dengan pematuhan SOP pembukaan sekolah di Pahang, berdasarkan kepada pemantauan oleh 197 pegawai perhubungan sekolah (PPS) di semua sekolah yang mula dibuka hari ini.
"Untuk tempoh seminggu pertama, polis akan membuat pemantauan setiap hari sebelum dikurangkan pada minggu seterusnya. Kita akan serahkan kepada pihak sekolah sepenuhnya jika kita berpuas hati dengan pematuhan dilakukan mereka," katanya.
Abd Jalil berkata pihaknya juga dimaklumkan bahawa sekolah yang dibuka telah melakukan simulasi kehadiran pelajar bagi memastikan keadaan hari ini terkawal dan teratur dalam pematuhan SOP baharu termasuk dalam aspek jarakan sosial dalam kawasan sekolah. #sumber
Demikianlah Artikel PRK DUN Chini: Polis Telah Buka Dua Kertas Siasatan
Anda sekarang membaca artikel PRK DUN Chini: Polis Telah Buka Dua Kertas Siasatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/prk-dun-chini-polis-telah-buka-dua.html
0 Response to "PRK DUN Chini: Polis Telah Buka Dua Kertas Siasatan"
Catat Ulasan