Loading...
Judul : PSAP Sokong Anak Muda, Tapi Kecewa Calon BN Bukan 'Anak Jati' Pahang !
link : PSAP Sokong Anak Muda, Tapi Kecewa Calon BN Bukan 'Anak Jati' Pahang !
PSAP Sokong Anak Muda, Tapi Kecewa Calon BN Bukan 'Anak Jati' Pahang !
Presidennya, Haslihelmy DM Zulhasli berkata pimpinan UMNO dan BN begitu bermakna dan dianggap sebagai pembaharuan dalam politik tempatan serta menjadi bukti kepada peranan anak muda yang semakin diberi perhatian.
Menurutnya, jika dilihat Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRK sebelum ini, UMNO belum lagi mempertaruhkan calon anak muda yang membuktikan ini satu penghormatan kepada pemuda parti.
"Saya fikir calon yang kita pertaruhkan ini adalah seorang anak tempatan yang dihormati ramai, mempunyai ‘track record’ yang bersih dan juga ‘ikon’ pemuda dikalangan Majlis Belia Felda.
“Saya berpendapat ini adalah satu pilihan yang baik yang dibuat oleh pucuk pimpinan dalam menarik generasi belia di felda,”katanya.
Haslihelmy memberitahu ini turut membuktikan suara anak muda diberi perhatian oleh pucuk pimpinan tertinggi apabila UMNO telah berjaya melakukan transformasi kepimpinan dan pendekatan khususnya kepada generasi pemangkin parti.
"Akhirnya, suara orang muda didengari dalam PRK. Kita dapat melihat BN memilih calon orang muda bagi PRK Chini pada kali ini.
“Ini sebenarnya memberi makna yang cukup besar dan melangkaui sempadan DUN Chini malah memberi isyarat yang jelas kepada anak muda bahawa mereka masih punya harapan dan masih ada peluang untuk menjadi wakil kepada parti bagi meneruskan perjuangan"katanya.
Namun, Haslihelmy berkata, walaupun pihaknya menyatakan sokongan terhadap calon BN namun kecewa kerana calon tersebut bukanlah anak tempatan.
"Agak kecewa kerana penduduk di Chini mahukan calon di kalangan anak tempatan namun calon BN ini bukanlah dilahirkan di sini.
"Di sini sudah menjadi tradisi calon merupakan anak tempatan namun kita berharap agar dia boleh membuktikan yang dia mampu berbakti buat rakyat di Chini," katanya. #pahangdaily
Demikianlah Artikel PSAP Sokong Anak Muda, Tapi Kecewa Calon BN Bukan 'Anak Jati' Pahang !
Sekianlah artikel PSAP Sokong Anak Muda, Tapi Kecewa Calon BN Bukan 'Anak Jati' Pahang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PSAP Sokong Anak Muda, Tapi Kecewa Calon BN Bukan 'Anak Jati' Pahang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/psap-sokong-anak-muda-tapi-kecewa-calon.html
0 Response to "PSAP Sokong Anak Muda, Tapi Kecewa Calon BN Bukan 'Anak Jati' Pahang !"
Catat Ulasan