Judul : SPR: Calon Dinasihat Mengisi Dan Membuat Semakan Awal Borang
link : SPR: Calon Dinasihat Mengisi Dan Membuat Semakan Awal Borang
SPR: Calon Dinasihat Mengisi Dan Membuat Semakan Awal Borang
PUTRAJAYA - Menjelang penamaan calon Pilihan Raya Kecil, PRK Dun Chini, Sabtu ini.
Mana-mana individu yang ingin bertanding dinasihat mengisi serta membuat semakan awal pengisian borang penamaan calon.
Mereka boleh berbuat demikian di Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Pahang sebelum Hari Penamaan Calon.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, (S-P-R), Datuk Azhar Azizan Harun, bakal calon juga disaran membuat pembayaran deposit secara dalam talian lebih awal.
Resit pembayaran perlu dibawa pada Hari Penamaan Calon sebagai bukti pembayaran.
PRK DUN Chini diadakan berikutan kematian penyandang, Datuk Seri Abu Bakar Harun, akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.
SPR menetapkan 4 Julai depan sebagai hari undi, manakala penamaan calon pada 20 Jun ini dan pengundian awal 30 Jun. #sumber
Demikianlah Artikel SPR: Calon Dinasihat Mengisi Dan Membuat Semakan Awal Borang
Anda sekarang membaca artikel SPR: Calon Dinasihat Mengisi Dan Membuat Semakan Awal Borang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/spr-calon-dinasihat-mengisi-dan-membuat.html
0 Response to "SPR: Calon Dinasihat Mengisi Dan Membuat Semakan Awal Borang"
Catat Ulasan