Loading...

SPR Disaran Bekerjasama Dengan Media, Mudahkan Calon Berkempen

Loading...
SPR Disaran Bekerjasama Dengan Media, Mudahkan Calon Berkempen - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR Disaran Bekerjasama Dengan Media, Mudahkan Calon Berkempen, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR Disaran Bekerjasama Dengan Media, Mudahkan Calon Berkempen
link : SPR Disaran Bekerjasama Dengan Media, Mudahkan Calon Berkempen

Baca juga


SPR Disaran Bekerjasama Dengan Media, Mudahkan Calon Berkempen

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) disaran bekerjasama dengan media kerajaan dan swasta bagi memudahkan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini berkempen.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen-Pilihan Raya Syed Ibrahim Syed Noh dalam kenyataan hari ini berkata calon juga perlu diberi ruang untuk berkempen menerusi televisyen dan radio bagi menarik pengundi terutamanya di kawasan pedalaman.

"Difahamkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah bersedia untuk menyediakan tambahan kapasiti dan liputan internet sekiranya SPR menggalakkan kempen PRK DUN Chini dilakukan melalui media sosial.

"Apa yang diperlukan sekarang ialah untuk melebarkan liputan (kempen) melalui saluran media perdana kerajaan dan swasta terutamanya televisyen dan radio," katanya.

Katanya percaya kaedah itu memberi kebaikan kepada semua pihak termasuk calon PRK DUN Chini serta  penyokong dan jika dilaksanakan, pemilih akan mendapat capaian mudah untuk mengetahui berkenaan calon dan parti melalui sesi debat di televisyen atau radio.

Pada Isnin (15 Jun), SPR memaklumkan prosedur operasi standard (SOP) khas akan diguna pakai sepanjang PRK DUN Chini memandangkan situasi COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang berkuatkuasa.

Antara SOP khas yang ditetapkan ialah aktiviti ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah-rumah pengundi tidak dibenarkan dan kempen digalakkan menguna pakai medium atas  talian atau melalui saluran media sosial.

Syed Ibrahim berkata kaedah kempen melalui medium atas talian sedikit membimbangkan berikutan  DUN Chini dikenali sebagai kawasan luar bandar dan penempatan warga Felda serta masyarakat Orang Asli.

Justeru, pihaknya berharap SPR mempertimbangkan kempen dari rumah ke rumah dibenarkan dengan syarat yang ketat iaitu mematuhi jarakan sosial, memakai pelitup separuh muka dan tidak melebihi empat individu.

PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun pada 6 Mei lepas di Hospital Kuala Lumpur, akibat serangan jantung, dan SPR menetapkan 20 Jun ini sebagai hari penamaan calon, dan 4 Julai sebagai hari mengundi. #sumber



Demikianlah Artikel SPR Disaran Bekerjasama Dengan Media, Mudahkan Calon Berkempen

Sekianlah artikel SPR Disaran Bekerjasama Dengan Media, Mudahkan Calon Berkempen kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR Disaran Bekerjasama Dengan Media, Mudahkan Calon Berkempen dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/spr-disaran-bekerjasama-dengan-media.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPR Disaran Bekerjasama Dengan Media, Mudahkan Calon Berkempen"

Catat Ulasan

Loading...