Loading...

SPR: Tiada Ceramah, Ziarah Atau Perhimpunan Untuk PRK Chini

Loading...
SPR: Tiada Ceramah, Ziarah Atau Perhimpunan Untuk PRK Chini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul SPR: Tiada Ceramah, Ziarah Atau Perhimpunan Untuk PRK Chini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : SPR: Tiada Ceramah, Ziarah Atau Perhimpunan Untuk PRK Chini
link : SPR: Tiada Ceramah, Ziarah Atau Perhimpunan Untuk PRK Chini

Baca juga


SPR: Tiada Ceramah, Ziarah Atau Perhimpunan Untuk PRK Chini

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) baru untuk pilihan raya kecil (PRK) Chini yang akan diadakan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) Covid-19.

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata empat aspek utama yang harus diutamakan pada hari penamaan calon hingga pengundian adalah garis panduan jarak sosial, memakai pelitup muka, penggunaan pensanitasi tangan dan saringan suhu badan.

"SOP khas ini akan dilaksanakan dengan ketat di semua proses pilihan

raya iaitu taklimat petugas, proses penamaan calon, proses cetakandan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos,

semakan isi peti undi, sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi

dan penjumlahan rasmi undi," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jelas Azhar, tidak seperti pilihan raya sebelum ini, prosedur baru itu tidak membenarkan perarakan atau perhimpunan penyokong diadakan pada hari penamaan calon dan pengundian.

"Hanya calon, seorang pencadang calon dan seorang penyokong calon

sahaja dibenarkan memasuki pusat penamaan calon.

"Ini bagi meminimumkan perhimpunan orang ramai serta mengurangkan risiko penularan wabak di sekitar pusat penamaan calon.

"SOP yang sama juga perlu dipatuhi oleh calon semasa berada di pusat

penjumlahan rasmi undi. SPR akan bekerjasama dengan pihak polis

bagi memantau pematuhan SOP khas ini," katanya.

Jelas Azhar lagi, bagi tempoh berkempen, calon atau parti hanya dibenarkan untuk membuka satu Bilik Jawatankuasa (Bilik Gerakan Utama) dan tiada Bilik Gerakan Kecil atau tempat perkumpulan lain bagi calon atau parti dibenarkan.

Katanya, bagi mematuhi penjarakan sosial, tiada ceramah yang menghimpunkan orang ramai dibenarkan.

"Begitu juga aktiviti ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah-rumah pengundi adalah tidak dibenarkan.

"Calon boleh memaksimumkan kaedah kempen menggunakan medium dalam talian atau melalui saluran media sosial," katanya.

Kata Azhar, SPR melalui tiga Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya (PPKPR) akan memantau semua aktiviti calon ketika berkempen termasuk pematuhan terhadap SOP khas ini.

Pengundi yang bergejala dan tidak melepasi saringan suhu badan pula, jelasnya, akan tetap dibenarkan mengundi di khemah khas yang dipantau oleh pegawai kesihatan.

"Pengundi berkenaan akan diuruskan oleh pegawai kesihatan untuk pemeriksaan dan tindakan lanjut.

"Berhubung pesakit positif Covid-19, individu yang diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian dan individu yang bergejala yang sedang dalam rawatan (PUI), SPR akan mengumumkan maklumat lanjut berhubung pengundian melibatkan individu daripada kategori tersebut dalam masa terdekat.

"SPR akan mengemaskini SOP ini selaras dengan apa-apa arahan terkini di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," katanya.

Hari pengundian telah ditetapkan pada 4 Julai dan Azizan berkata semua pengundi diwajibkan memakai pelitup muka, membersihkan tangan dan mencatat suhu badan.

Kerusi Chini kosong setelah penyandangnya, Abu Bakar Harun, 60, dari BN, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung pada 6 Mei.

Pada pilihan raya umum ke-14 yang diadakan pada Mei 2018, Allahyarham Abu Bakar memperoleh 10,027 undi untuk memenangi kerusi itu dengan majoriti 4,622 undi berbanding calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim yang memperoleh 5,405 undi dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065 undi). #sumber



Demikianlah Artikel SPR: Tiada Ceramah, Ziarah Atau Perhimpunan Untuk PRK Chini

Sekianlah artikel SPR: Tiada Ceramah, Ziarah Atau Perhimpunan Untuk PRK Chini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel SPR: Tiada Ceramah, Ziarah Atau Perhimpunan Untuk PRK Chini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/spr-tiada-ceramah-ziarah-atau.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "SPR: Tiada Ceramah, Ziarah Atau Perhimpunan Untuk PRK Chini"

Catat Ulasan

Loading...