Loading...

Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi - 9.30 Malam

Loading...
Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi - 9.30 Malam - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi - 9.30 Malam, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi - 9.30 Malam
link : Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi - 9.30 Malam

Baca juga


Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi - 9.30 Malam


KUANTAN: Semua premis perniagaan terutama restoran dan medan selera di Pahang dibenar beroperasi bermula 7 pagi hingga 9.30 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuatkuasa hari ni hingga 31 Ogos ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata kebenaran itu dibuat selepas beliau mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) hari ini, dengan meluluskan garis panduan untuk diguna pakai di seluruh negeri ini.

Beliau berkata, syarat khusus operasi premis seperti restoran, medan selera, pusat penjaja, gerai makan tepi jalan berbumbung dibenarkan makan di premis dengan mengekalkan jarak antara meja dua meter manakala jarak antara kerusi pelanggan pula satu meter.

Katanya, kanak-kanak bawah 12 tahun dan warga emas berumur 70 tahun ke atas tidak dibenarkan makan di premis berkenaan.

"Gerai buah-buahan bermusim pula hanya dibenarkan aktiviti beli dan bawa pulang sahaja selain tidak dibenarkan mencuba dan makan secara berkumpulan di tempat jualan.

"Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu kenal pasti dan menetapkan lokasi yang bersesuaian dan memantau pematuhan SOP penjarakan sosial pelanggan dan peniaga, penjagaan kebersihan seperti penyediaan pensanitasi tangan," katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, aktiviti pasar awam beroperasi bermula 5 pagi hingga 2 petang, pasar terbuka iaitu pasar segar terkawal (pasar tani) dan pasar pagi pula bermula 7 pagi hingga 12 tengah hari.

Katanya, kerajaan negeri juga membenarkan aktiviti pasar malam beroperasi dari 3 petang hingga 9 malam kecuali di Temerloh, Jerantut dan Jengka, Maran yang ditangguhkan seminggu.

Sementara itu, Wan Rosduy juga berkata, operasi kedai gunting rambut dan salon kecantikan di negeri ini hanya boleh menjalankan perniagaan gunting rambut sahaja.

"Mereka dilarang menyediakan perkhidmatan seperti cuci rambut, cukur jambang dan misai, solekan, rawatan rambut, merawat kuku serta cucian dan rawatan muka.

"Pelanggan berumur 60 tahun ke atas wajib membuat temujanji sebelum mendapatkan perkhidmatan dan tanpa kehadiran pengunjung lain daripada kumpulan umur lainbermula 9 pagi hingga 11 pagi sahaja.

"Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, ibu bapa dibenarkan hadir, perlu memakai alat pelindung diri seperti penutup mulut dan hidung serta apron pakai buang," katanya.

Wan Rosdy berkata, semua kilang, stesen minyak dan klinik dibenarkan beroperasi seperti biasa berdasarkan kelulusan lesen operasi asal.

Bagaimanapun, katanya, sektor yang masih tidak dibenarkan beroperasi termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke dan taman tema.

"Selain itu, aktiviti perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri-kendara, rumah terbuka dan aktiviti lain yang membabitkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP)," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi - 9.30 Malam

Sekianlah artikel Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi - 9.30 Malam kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi - 9.30 Malam dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/06/waktu-operasi-semua-premis-makanan-7.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Waktu Operasi Semua Premis Makanan 7 Pagi - 9.30 Malam"

Catat Ulasan

Loading...