Loading...

Adun DAP Cabar Ketetapan Kerajaan Pahang Wajibkan Jawi Di Papan Tanda

Loading...
Adun DAP Cabar Ketetapan Kerajaan Pahang Wajibkan Jawi Di Papan Tanda - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Adun DAP Cabar Ketetapan Kerajaan Pahang Wajibkan Jawi Di Papan Tanda, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Adun DAP Cabar Ketetapan Kerajaan Pahang Wajibkan Jawi Di Papan Tanda
link : Adun DAP Cabar Ketetapan Kerajaan Pahang Wajibkan Jawi Di Papan Tanda

Baca juga


Adun DAP Cabar Ketetapan Kerajaan Pahang Wajibkan Jawi Di Papan Tanda

KUANTAN - Ahli Dewsn Undangan Negeri (ADUN) Tras dari DAP Chow Yu Hui memfailkan permohonan untuk mencabar ketetapan kerajaan Pahang untuk mewajibkan tulisan jawi di papan tanda dan iklan di premis perniagaan di negeri itu.

Dalam kenyataannya semalam, Chow berkata permohonan itu difailkan semalam oleh peguamnya, M Manogaran, Jonathan and Chong Kar Yan di Mahkamah Tinggi Kuantan.

Katanya, permohonan itu untuk mahkamah menyemak semula arahan yang dikeluarkan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

"Kerajaan Pahang dan kerajaan tempatan tidak harus memaksa orang ramai, terutama pemilik perniagaa, NGO atau mana-mana pihak untuk menyertakan tulisan jawi di papan tanda mereka.

"Ini menafikan kebebasan mereka untuk membuat pilihan. Setiap pihak ada khalayak sasaran sendiri. Misalnya, pelanggan di restoran Cina atau kedai barangan agama Buddha/Taoisme adalah orang bukan Melayu yang tidak boleh membaca jawi. Jadi apa perlunya menyertakan tulisannya (di papan tanda)?" soalnya.

Majlis Daerah Raub dinamakan sebagai responden pertama dan kerajaan Pahang sebagai responden kedua.

Hakim Zainal Azman Ab Aziz menetapkan 28 Ogos untuk membut keputusan sama ada untuk membenarkan permohonan tersebut atau tidak.

Pada tahun lalu, kerajaan negeri memutuskan semua papan tanda di jalan raya dan premis perniagaan perlu menyertakan tulisan jawi dengan saiz yang sama dengan tulisan Rumi.

Dasar itu dikuatkuasakan sejak 1 Januari 2020 dan tindakan akan dikenakan kepada premis yang tidak berbuat demikian.

Chow berkata, pusat khidmatnya di Sungai Ruan, Tras menerima surat saman daripada Pejabat Daerah Raub pada 9 Januari 2020.

Katanya lagi, promosi terhadap tulisan jawi boleh dilakukan menerusi galakan dan secara sukarela, bukannya secara paksaan

Sementara itu, Setiausaha DAP Pahang Lee Chin Chen turut hadir ke Mahkamah Tinggi Kuantan ketika permohonan dibuat.

"Jawatankuasa DAP Pahang memutuskan untuk membantah dasar ini kerana ia tidak selari dengan prinsip kepelbagaian budaya, selain membebankan pemilik perniagaan," katanya dalam kenyataan. #sumber




Demikianlah Artikel Adun DAP Cabar Ketetapan Kerajaan Pahang Wajibkan Jawi Di Papan Tanda

Sekianlah artikel Adun DAP Cabar Ketetapan Kerajaan Pahang Wajibkan Jawi Di Papan Tanda kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Adun DAP Cabar Ketetapan Kerajaan Pahang Wajibkan Jawi Di Papan Tanda dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/adun-dap-cabar-ketetapan-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Adun DAP Cabar Ketetapan Kerajaan Pahang Wajibkan Jawi Di Papan Tanda"

Catat Ulasan

Loading...