Loading...

Curi Elektrik: ST Dan TNB Serbu Dua Premis Melombong Matawang Kripto

Loading...
Curi Elektrik: ST Dan TNB Serbu Dua Premis Melombong Matawang Kripto - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Curi Elektrik: ST Dan TNB Serbu Dua Premis Melombong Matawang Kripto, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Curi Elektrik: ST Dan TNB Serbu Dua Premis Melombong Matawang Kripto
link : Curi Elektrik: ST Dan TNB Serbu Dua Premis Melombong Matawang Kripto

Baca juga


Curi Elektrik: ST Dan TNB Serbu Dua Premis Melombong Matawang Kripto


PELABUHAN KLANG -- Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyerbu dua premis perniagaan matawang kripto di Taman Pendamar Indah di sini, kerana disyaki beroperasi dengan mencuri bekalan elektrik.

Serbuan Ops Bitcoin selama hampir dua jam bermula kira-kira pukul 9 pagi itu, dijalankan 40 kakitangan  SEAL (Special Engagement Against Losses) TNB bersama 12 penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan 15 kakitangan ST.

Pengarah Unit Perancangan dan Penyelarasan Penguatkuasaan ST Ir Shafie Mohamed berkata, siasatan selama sebulan yang dijalankan TNB menemukan satu pendawaian haram diwujudkan, untuk menyalurkan bekalan elektrik ke premis terbabit.

“Pendawaian haram ini dilakukan supaya bekalan elektrik disambung secara terus dan tidak melalui meter TNB. Dianggarkan premis ini telah beroperasi sejak tiga bulan lepas," katanya kepada pemberita selepas serbuan berkenaan di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK) Elya Marini Darmin.

Tambah Shafie, pihaknya menganggarkan TNB mengalami kerugian kira-kira RM30,000 setiap bulan bagi sebuah premis yang melakukan kegiatan mencuri elektrik berkenaan.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 37 Akta Bekalan Elektrik 1990 dan jika didapati bersalah, mereka boleh didenda dan dihukum penjara,” katanya.

Sementara itu, Elya Marini berkata, MPK mengenal pasti 21 premis di sekitar kawasan pentadbiran majlis perbandaran itu, yang melakukan kegiatan mencuri bekalan elektrik.

Katanya, MPK akan mengenal pasti pemilik premis berkenaan dan maklumat mengenainya akan disalurkan kepada ST serta TNB, untuk siasatan lanjut bagi dikenakan tindakan undang-undang.

“Siasatan dijalankan oleh ST dan TNB kerana mungkin sambungan itu dibuat sama ada oleh pemilik, penyewa atau penceroboh #sumber


Demikianlah Artikel Curi Elektrik: ST Dan TNB Serbu Dua Premis Melombong Matawang Kripto

Sekianlah artikel Curi Elektrik: ST Dan TNB Serbu Dua Premis Melombong Matawang Kripto kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Curi Elektrik: ST Dan TNB Serbu Dua Premis Melombong Matawang Kripto dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/curi-elektrik-st-dan-tnb-serbu-dua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Curi Elektrik: ST Dan TNB Serbu Dua Premis Melombong Matawang Kripto"

Catat Ulasan

Loading...