Judul : Kakitangan Awam Pahang Dapat Bantuan Khas Kewangan RM500
link : Kakitangan Awam Pahang Dapat Bantuan Khas Kewangan RM500
Kakitangan Awam Pahang Dapat Bantuan Khas Kewangan RM500
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang hari ini telah mengumumkan pembayaran Bantuan Khas kewangan sebanyak RM500 seorang kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang, ianyanya merangkumi Gred JUSA hingga kebawah. Pengumuman dibuat oleh Menteri Besar Pahang YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail selepas Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada pagi tadi.
“Pembayaran akan dibuat esok, Khamis, 16 Julai 2020. Kerajaan Negeri memperuntukkan kira-kira RM4 juta bagi melaksanakan pembayaran ini”
Jelas Wan Rosdy lagi, ia selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2020 berkaitan Bantuan Kewangan 2020 yang merupakan sebahagian daripada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) sepertimana YAB Perdana Menteri umumkan pada 27 Mac 2020.
Beliau juga berharap semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-Badan Berkanun Negeri untuk meneladani serta membuat pembayaran yang sama.
“Pembayaran ini dapat membantu dalam persediaan meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha pada hujung bulan ini, kata Wan Rosdy. #sumber
Demikianlah Artikel Kakitangan Awam Pahang Dapat Bantuan Khas Kewangan RM500
Anda sekarang membaca artikel Kakitangan Awam Pahang Dapat Bantuan Khas Kewangan RM500 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/kakitangan-awam-pahang-dapat-bantuan.html
0 Response to "Kakitangan Awam Pahang Dapat Bantuan Khas Kewangan RM500"
Catat Ulasan