Judul : Laporan Ketua Audit Negara: Projek Naik Taraf Bekalan Air Felda Di Pahang Lewat 1,187 Hari !
link : Laporan Ketua Audit Negara: Projek Naik Taraf Bekalan Air Felda Di Pahang Lewat 1,187 Hari !
Laporan Ketua Audit Negara: Projek Naik Taraf Bekalan Air Felda Di Pahang Lewat 1,187 Hari !
KUALA LUMPUR -- Projek menaik taraf sistem bekalan air Felda di negeri Pahang lewat 1,187 hari, demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 3.
Menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini, projek menaik taraf sistem bekalan air Felda di seluruh negara pula, telah lewat 365 hari dari tarikh siap asal yang ditetapkan.
“Kelewatan ini menyebabkan objektif untuk mengurangkan gangguan bekalan air dan non-revenue water (NRW) masih belum tercapai.
“Sehingga projek siap sepenuhnya, objektif untuk mengurangkan gangguan bekalan air dan NRW masih belum menunjukkan pengurangan yang ketara,” menurut laporan tersebut.
Laporan Ketua Audit turut menyebut, pengauditan melibatkan penilaian terhadap pelaksanaan projek di seluruh Felda di Pahang bagi tempoh 45 bulan mulai Mac 2013 hingga September 2016, manakala untuk seluruh negara pula bagi tempoh 36 bulan mulai Januari 2016 hingga Disember 2018.
Menurut laporan itu, kerajaan telah menyalurkan sejumlah RM621 juta sehingga 2018 untuk pelaksanaan projek tersebut, yang antara lain mengurangkan gangguan bekalan air dan kadar kehilangan air tidak berhasil di rancangan Felda yang terlibat.
Semakan audit juga mendapati, terdapat kelemahan dalam prestasi kewangan, pengurusan nilai, pentadbiran kontrak, peruntukan kerja-kerja awalan, kualiti kerja pembinaan dan pemantauan bagi aspek pengurusan projek.
Audit kemudian mengesyorkan supaya Felda menjalankan siasatan dalaman dan mengambil tindakan terhadap pegawai yang terlibat, jika terbukti kecuaian dalam pelaksanaan pembayaran tidak teratur, hingga menyebabkan kerugian kepada kerajaan.
Selain itu, turut disyorkan, Felda perlu mengkaji semula mekanisme pemantauan terhadap projek, supaya pentadbiran kontrak dan pengurusan pembinaan yang lebih rapi dan berkesan dapat diwujudkan. #sumber
Demikianlah Artikel Laporan Ketua Audit Negara: Projek Naik Taraf Bekalan Air Felda Di Pahang Lewat 1,187 Hari !
Anda sekarang membaca artikel Laporan Ketua Audit Negara: Projek Naik Taraf Bekalan Air Felda Di Pahang Lewat 1,187 Hari ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/laporan-ketua-audit-negara-projek-naik.html
0 Response to "Laporan Ketua Audit Negara: Projek Naik Taraf Bekalan Air Felda Di Pahang Lewat 1,187 Hari !"
Catat Ulasan