Loading...

Mahkamah: Kes SRC, Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun, Denda RM210 Juta

Loading...
Mahkamah: Kes SRC, Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun, Denda RM210 Juta - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah: Kes SRC, Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun, Denda RM210 Juta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah: Kes SRC, Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun, Denda RM210 Juta
link : Mahkamah: Kes SRC, Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun, Denda RM210 Juta

Baca juga


Mahkamah: Kes SRC, Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun, Denda RM210 Juta

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dihukum penjara 72 tahun dan denda RM210 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah tujuh pertuduhan salah guna, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC berjumlah RM42 juta.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu.

Mohd Nazlan membuat keputusan itu selepas selesai membaca penghakimannya bagi kesemua pertuduhan itu selama dua jam.

Bagi pertuduhan salah guna kuasa, Najib dipenjara 12 tahun dan denda RM210 juta manakala bagi tiga pertuduhan pecah amanah Najib dipenjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan itu.

Manakala bagi tiga lagi pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram, Najib turut dipenjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan.

Kesemua penjara itu adalah selama 72 tahun namun mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan secara serentak iaitu Najib hanya dipenjara selama 12 tahun.

Mahkamah membenarkan Najib menangguhkan kesemua hukuman sementara menunggu rayuan pihaknya di Mahkamah Rayuan dengan syarat tambahan beliau perlu membayar jaminan tambahan sebanyak RM1juta.

Bagaimanapun sekiranya Najib gagal membayar jumlah denda itu dia boleh dipenjara lagi selama lima tahun.

Najib diarah lapor diri di balai polis berdekatan dua kali sebulan iaitu pada 1 dan 15 haribulan setiap bulan dan mahkamah membenarkan bayaran bil RM 1 juta itu dibayar esok.

Dalam penghakimannya, Mohd Nazlan berkata, pasukan pembelaan Najib gagal mengetengahkan mengenai imbangan kebarangkalian untuk menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

"Dalam keterangan di mahkamah mengesahkan terdapat penglibatan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, termasuk turut memberikan arahan mengenai akaun bank Najib kepada bekas Pengurus Perhubungan Ambank Joanna Yu," katanya.

Menyentuh mengenai isu tandatangan palsu pada dokumen yang dibangkitkan sepanjang perbicaraan itu, mahkamah turut mendapati, pihak pembelaan juga tidak mengemukakan saksi pakar untuk mengesahkan kesahihan tandatangan Najib pada dokumen yang didakwa palsu. #sumber




Demikianlah Artikel Mahkamah: Kes SRC, Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun, Denda RM210 Juta

Sekianlah artikel Mahkamah: Kes SRC, Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun, Denda RM210 Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah: Kes SRC, Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun, Denda RM210 Juta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/mahkamah-kes-src-najib-di-hukum-penjara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mahkamah: Kes SRC, Najib Di Hukum Penjara 72 Tahun, Denda RM210 Juta"

Catat Ulasan

Loading...