Loading...

Pemandu Mabuk: Penjara 20 Tahun, Denda Sehingga RM150,000 Memadai

Loading...
Pemandu Mabuk: Penjara 20 Tahun, Denda Sehingga RM150,000 Memadai - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pemandu Mabuk: Penjara 20 Tahun, Denda Sehingga RM150,000 Memadai, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pemandu Mabuk: Penjara 20 Tahun, Denda Sehingga RM150,000 Memadai
link : Pemandu Mabuk: Penjara 20 Tahun, Denda Sehingga RM150,000 Memadai

Baca juga


Pemandu Mabuk: Penjara 20 Tahun, Denda Sehingga RM150,000 Memadai

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menyifatkan cadangan kerajaan untuk menaikkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda maksimum RM150,000 dalam kes melibatkan pemandu mabuk adalah memadai.

Beliau berkata pihaknya pernah mencadangkan agar hukuman penjara mandatori dikenakan terhadap kelompok berkenaan bagi mengurangkan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk di negara ini.

"Sekiranya Parlimen meluluskan pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 itu yang membabitkan peningkatan jumlah denda dan tempoh hukuman penjara, saya amat mengalu-alukan,” katanya kepada Bernama selepas majlis penyerahan sumbangan kasut oleh Syarikat Bata Primavera Sdn Bhd, di Bukit Aman di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong sebagai berkata kerajaan akan mengusulkan agar pemandu mabuk dikenakan hukuman lebih berat iaitu penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Wee berkata pindaan juga mencadangkan mereka yang disabitkan kesalahan boleh digantung lesen memandu sehingga 20 tahun.

Pindaan akta itu dijadualkan dibentang pada persidangan Parlimen yang sedang berlangsung.

Terdahulu pada majlis berkenaan, Polis Diraja Malaysia menerima 60,000 pasang kasut dianggar bernilai RM3.6 juta daripada syarikat berkenaan.

Mengulas sumbangan itu, Abdul Hamid berkata kasut terbabit akan diagihkan kepada warga polis dan ahli keluarga mereka sebagai penghargaan kepada mereka yang bertugas memerangi penularan pandemik COVID-19.

Pihak Bata juga memaklumkan warga polis akan menikmati potongan sebanyak 20 peratus bagi sebarang pembelian kasut jenamanya di semua kedai syarikat itu di seluruh negara, katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Pemandu Mabuk: Penjara 20 Tahun, Denda Sehingga RM150,000 Memadai

Sekianlah artikel Pemandu Mabuk: Penjara 20 Tahun, Denda Sehingga RM150,000 Memadai kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pemandu Mabuk: Penjara 20 Tahun, Denda Sehingga RM150,000 Memadai dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/pemandu-mabuk-penjara-20-tahun-denda.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pemandu Mabuk: Penjara 20 Tahun, Denda Sehingga RM150,000 Memadai"

Catat Ulasan

Loading...