Loading...

Polis Kesan 532 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua Covid-19

Loading...
Polis Kesan 532 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua Covid-19 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Kesan 532 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua Covid-19, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Kesan 532 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua Covid-19
link : Polis Kesan 532 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua Covid-19

Baca juga


Polis Kesan 532 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua Covid-19


KUALA LUMPUR - Polis telah berjaya mengesan 532 individu yang menjalani kuarantin di rumah namun gagal hadir saringan kedua COVID-19  sebelum ini dengan  kesemuanya didapati telah berbuat demikian di klinik kesihatan berdekatan. 

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis kini menjejaki baki 45 individu.

Mereka yang telah dikesan merangkumi 303 orang di Selangor, Kuala Lumpur (156), Johor (62), tiga di Sabah, masing-masing dua di Pahang dan Kedah, serta seorang masing-masing di Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan dan Sarawak, katanya.

Menurutnya polis menerima senarai 577 individu yang dikategorikan ‘tercicir’ terbabit, iaitu gagal hadir saringan kedua COVID-19, daripada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan pada Jumaat minggu lepas.

“Sehubungan itu, Jabatan Siasatan Jenayah telah melancarkan tindakan pengesanan ke atas individu-individu terbabit  di seluruh negara,” katanya kepada Bernama di sini.

“Usaha pengesanan individu-individu berkenaan adalah menggunakan pendekatan berikut, iaitu seramai 392 individu berjaya dihubungi menerusi panggilan telefon manakala seramai 140 individu pula dikesan menerusi alamat rumah.

“Individu-individu yang masih belum menjalani saringan kedua COVID-19 itu dinasihati  hadir membuat saringan kedua pada kadar segera di klinik-klinik kesihatan berdekatan,” katanya.

Abdul Hamid berkata sekiranya masih ingkar, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut Akta Akta Pencegahan dan PengawalanPenyakit Berjangkit 1988 dan undang-undang lain yang berkuat kuasa. 

Pada 1 Julai lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dilapor berkata seramai 1,472 individu yang menjalani kuarantin di rumah masih belum menjalani ujian COVID-19  kedua pada hari ke-13 tempoh kuarantin mereka. #sumber


Demikianlah Artikel Polis Kesan 532 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua Covid-19

Sekianlah artikel Polis Kesan 532 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua Covid-19 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Kesan 532 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua Covid-19 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/polis-kesan-532-individu-gagal-hadir.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Polis Kesan 532 Individu Gagal Hadir Saringan Kedua Covid-19"

Catat Ulasan

Loading...