Loading...

Polis Pahang Akan Siasat Dakwaan Kes Anak Kucing Di Bakar

Loading...
Polis Pahang Akan Siasat Dakwaan Kes Anak Kucing Di Bakar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis Pahang Akan Siasat Dakwaan Kes Anak Kucing Di Bakar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis Pahang Akan Siasat Dakwaan Kes Anak Kucing Di Bakar
link : Polis Pahang Akan Siasat Dakwaan Kes Anak Kucing Di Bakar

Baca juga


Polis Pahang Akan Siasat Dakwaan Kes Anak Kucing Di Bakar

KUANTAN -- Polis Pahang sedang menyiasat kesahihan dakwaan kejadian anak kucing dibakar yang dikatakan berlaku di Pahang, selepas klip videonya tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Pahang Datuk Abd Jalil Hassan berkata pihaknya akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan, persatuan penduduk dan komuniti bagi mencari pelaku kejadian itu, jika benar ia terjadi di negeri ini.

Katanya beliau juga telah mengarahkan supaya semua Ketua Polis Daerah di Pahang untuk berhubung dengan persatuan dalam kawasan masing-masing bagi mengenal pasti sekiranya kejadian itu berlaku di Pahang seperti yang didakwa.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Penghargaan Tolak Rasuah, Pengurusan Perumahan Terbaik PDRM, dan Anugerah Integriti PDRM di Briged Tenggara Pusat Gerakan Am (PGA) Kem Bukit Galing di sini, hari ini.

Semalam, Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) memuat naik satu klip video berdurasi 45 saat yang memaparkan seekor anak kucing sedang dibakar, dan perbuatan zalim itu dipercayai dirakam sendiri oleh pelakunya.

Persatuan itu menyatakan kejadian dipercayai berlaku di Pahang dan menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat terhadap individu yang dipercayai mencurah minyak sebelum mencucuh api pada haiwan itu. #sumber




Demikianlah Artikel Polis Pahang Akan Siasat Dakwaan Kes Anak Kucing Di Bakar

Sekianlah artikel Polis Pahang Akan Siasat Dakwaan Kes Anak Kucing Di Bakar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis Pahang Akan Siasat Dakwaan Kes Anak Kucing Di Bakar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/polis-pahang-akan-siasat-dakwaan-kes.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Polis Pahang Akan Siasat Dakwaan Kes Anak Kucing Di Bakar"

Catat Ulasan

Loading...