Loading...

Saifuddin Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan RM10 Juta Daripada PKR

Loading...
Saifuddin Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan RM10 Juta Daripada PKR - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saifuddin Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan RM10 Juta Daripada PKR, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saifuddin Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan RM10 Juta Daripada PKR
link : Saifuddin Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan RM10 Juta Daripada PKR

Baca juga


Saifuddin Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan RM10 Juta Daripada PKR

KUANTAN - Bekas pemimpin PKR yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau masih belum menerima surat tuntutan RM10 juta daripada parti itu.

Katanya buat masa ini beliau mengambil pendekatan menunggu sehingga surat itu sampai sebelum memutuskan tindakan seterusnya.

"Nanti apabila sampai, peguam saya akan tengok dan sudah tentu kami akan berbincang bagaimana hendak menangani isu ini," katanya kepada pemberita selepas melaksanakan ibadah korban di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Indera Mahkota 15 di sini, hari ini.

Saifuddin yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia diminta mengulas laporan media Rabu lalu yang memetik kenyataan Bendahari Agung PKR Lee Chean Chung bahawa parti itu akan mengeluarkan surat tuntutan kepada 19 ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR yang keluar parti agar membayar pampasan RM10 juta masing-masing kepada parti.

Lee turut dilaporkan berkata mereka yang disenaraikan perlu membayarnya dalam tempoh tujuh hari dan jika gagal, parti akan mengarahkan peguam untuk meneruskan prosiding bersesuaian bagi mendapatkan pampasan itu.

Mengulas perkembangan lain, Saifuddin melahirkan rasa kesal terhadap tindakan ADUN Pahang daripada DAP yang memulakan prosiding mahkamah berhubung ketetapan kerajaan negeri Pahang mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda dan iklan di negeri itu.

Beliau berpandangan walaupun setiap individu mempunyai hak untuk ke mahkamah, tindakan memulakan prosiding tersebut  adalah tidak kena pada tempatnya.

"Mereka harus faham tentang kedudukan tulisan Jawi di tanah air dan kedua, mereka juga harus faham mengapa tulisan Jawi ingin dihidupkan kembali … iaitu untuk dipopularkan kegunaannya di tempat awam," katanya.

Semalam, sebuah portal berita melaporkan ADUN Tras Chow Yu Hui menerusi peguamnya M Manogaran, Jonathan and Chong Kar Yan telah memfailkan permohonan mencabar ketetapan kerajaan negeri Pahang mewajibkan penggunaan tulisan Jawi.

Permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuantan pada Rabu dengan menamakan Majlis Daerah Raub sebagai responden pertama manakala kerajaan negeri Pahang dinamakan sebagai responden kedua.

Kerajaan negeri Pahang mewajibkan pengunaan tulisan Jawi bermula 1 Jan lalu, selari dengan titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 13 Nov 2018 yang mahu tulisan itu diperkasakan dan dibudayakan semula.  #sumber



Demikianlah Artikel Saifuddin Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan RM10 Juta Daripada PKR

Sekianlah artikel Saifuddin Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan RM10 Juta Daripada PKR kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saifuddin Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan RM10 Juta Daripada PKR dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/saifuddin-dakwa-belum-terima-surat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Saifuddin Dakwa Belum Terima Surat Tuntutan RM10 Juta Daripada PKR"

Catat Ulasan

Loading...