Loading...

Skandal 1MDB: Bekas Pegawai Bank Coutts & Co Swiss Di Dapati Bersalah

Loading...
Skandal 1MDB: Bekas Pegawai Bank Coutts & Co Swiss Di Dapati Bersalah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Skandal 1MDB: Bekas Pegawai Bank Coutts & Co Swiss Di Dapati Bersalah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Skandal 1MDB: Bekas Pegawai Bank Coutts & Co Swiss Di Dapati Bersalah
link : Skandal 1MDB: Bekas Pegawai Bank Coutts & Co Swiss Di Dapati Bersalah

Baca juga


Skandal 1MDB: Bekas Pegawai Bank Coutts & Co Swiss Di Dapati Bersalah

GENEVA - Seorang bekas pegawai bank Coutts & Co didapati bersalah gagal memberi amaran masalah pengubahan wang haram berkaitan pemindahan AS$700 juta (RM2.9 bilion) ke dalam akaun dikendalikan Low Taek Jho, lebih dikenali sebagai Jho Low, yang didakwa dalang di belakang skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Lelaki itu, yang hanya dikenali sebagai "A", didenda 50,000 Swiss francs (RM232,636) oleh Mahkamah Jenayah Persekutuan Switzerland dalam keputusan hari ini.

"Terdapat banyak petunjuk bahawa terdapat petanda serius mengenai pengubahan wang haram, yang meningkat seiring perjalanan waktu," kata mahkamah dalam satu kenyataan.

"Walaupun mengetahui adanya kecurigaan ini, A "tidak memaklumkan" kepada pegawai pengawal selia "sehingga dia meninggalkan bank itu."

Skandal 1MDB yang sudah satu dekad, yang menyebabkan kejatuhan mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, kembali menjadi tajuk utama minggu lalu.

Najib didapati bersalah kerana menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram, manakala Goldman Sachs Group Inc mengadakan perjanjian AS$3.9 bilion (RM16.5 bilion) dengan Malaysia untuk menyelesaikan siasatan terhadap peranan bank Amerika Syarikat (AS) dalam satu skim untuk membelanjakan dana pelaburan 1MDB.

Skandal itu sangat mengejutkan kerana keberanian Jho Low, seorang ahli kewangan yang tidak begitu dikenali mengumpul dana AS$8 bilion (RM33.9 bilion) yang bertujuan untuk membangunkan ekonomi Malaysia, dan pihak berkuasa mendakwa dia kemudian mencuri dana terbabit untuk membiayai perbelanjaan mewah untuk pesta, kereta sport, hartanah mewah, dan hasil seni yang tidak ternilai.

Jho Low menubuhkan syarikat yang berdaftar di Seychelles, Good Star, pada bulan Mei 2009 dan membuka akaun di Coutts cawangan Singapura kurang dari sebulan kemudian.

Menjelang bulan September tahun itu, Jho Low memohon untuk menghentikan semua komunikasi dengan Coutts di Singapura dan memohon untuk menerima kemas kini hanya dari unit Coutts Swiss ke alamat gmail yang telah dibuatnya: Chairman.goodstar@gmail.com.

Walaupun permohonan itu tidak ortodoks, A meluluskan permintaan Jho Low untuk memindahkan AS$700 juta (RMRM2.9 bilion) dari 1MDB ke satu akaun atas nama Good Star.

Dalam e-mel pada 2 Oktober 2009, dia menulis "usaha wajar setakat ini adalah bagus dan kami mempunyai bukti yang mencukupi bahawa pembayaran itu benar dan sah".

Peguam A, Monika Roth, gagal dihubungi untuk memberi komen mengenai keputusan terbabit.

Coutts & Co dijual oleh Royal Bank of Scotland Group plc pada tahun 2016 kepada Union Bancaire Privee.

Ia didenda AS$6.5 juta (RM27.5 juta) pada tahun 2017 kerana membenarkan aset bernilai AS$2.4 bilion (RM10.2 bilion) yang berkaitan dengan dana pembangunan Malaysia mengalir melalui akaunnya di beberapa bank Switzerland.

Jho Low, ahli perniagaan dalam buruan kini didakwa berada di Macau, tetapi pihak berkuasa di sana hari ini menolak dakwaan oleh polis Malaysia itu.

Malaysia menuntut penangkapannya selepas mengeluarkan tuduhan baru terhadapnya pada Februari.  #sumber




Demikianlah Artikel Skandal 1MDB: Bekas Pegawai Bank Coutts & Co Swiss Di Dapati Bersalah

Sekianlah artikel Skandal 1MDB: Bekas Pegawai Bank Coutts & Co Swiss Di Dapati Bersalah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Skandal 1MDB: Bekas Pegawai Bank Coutts & Co Swiss Di Dapati Bersalah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/skandal-1mdb-bekas-pegawai-bank-coutts.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Skandal 1MDB: Bekas Pegawai Bank Coutts & Co Swiss Di Dapati Bersalah"

Catat Ulasan

Loading...