Judul : SPRM Sabah Siasat Dakwaan ADUN Di Tawar Wang Untuk Lompat Parti
link : SPRM Sabah Siasat Dakwaan ADUN Di Tawar Wang Untuk Lompat Parti
SPRM Sabah Siasat Dakwaan ADUN Di Tawar Wang Untuk Lompat Parti
KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah akan menyiasat dakwaan kononnya terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah telah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti.
Pengarahnya, S.Karunanithy berkata SPRM Sabah telah menghubungi ADUN yang dipercayai terlibat, baru-baru ini.
"Hasil interaksi itu, ADUN terlibat enggan membuat laporan rasmi kepada SPRM dengan alasan tiada sebarang transaksi rasuah yang berlaku ketika ini.
"Bagaimanapun, SPRM Sabah akan terus menjalankan siasatan dan bersedia menerima aduan serta maklumat berkaitan daripada mana-mana pihak yang terlibat," menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, terdapat laporan media mendakwa kononnya beberapa ADUN Sabah telah ditawarkan wang dan jawatan untuk melompat parti. #sumber
Demikianlah Artikel SPRM Sabah Siasat Dakwaan ADUN Di Tawar Wang Untuk Lompat Parti
Anda sekarang membaca artikel SPRM Sabah Siasat Dakwaan ADUN Di Tawar Wang Untuk Lompat Parti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/07/sprm-sabah-siasat-dakwaan-adun-di-tawar.html
0 Response to "SPRM Sabah Siasat Dakwaan ADUN Di Tawar Wang Untuk Lompat Parti"
Catat Ulasan