Loading...

13 Orang Bekas Calon PRU14 Bersatu Umum Mereka Keluar Parti

Loading...
13 Orang Bekas Calon PRU14 Bersatu Umum Mereka Keluar Parti - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 13 Orang Bekas Calon PRU14 Bersatu Umum Mereka Keluar Parti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 13 Orang Bekas Calon PRU14 Bersatu Umum Mereka Keluar Parti
link : 13 Orang Bekas Calon PRU14 Bersatu Umum Mereka Keluar Parti

Baca juga


13 Orang Bekas Calon PRU14 Bersatu Umum Mereka Keluar Parti

 

KUALA LUMPUR - Sebanyak 13 bekas calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) - sembilan kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) - hari ini mengisytiharkan keluar parti.

Bekas calon bertanding kerusi Parlimen terbabit ialah Datuk Dr Mohd Faudzi Musa yang pada PRU14 bertanding di kerusi Parlimen Setiu, Terengganu; Azran Deraman (Jeli, Kelantan); Datuk Ir Wan Nazari Wan Jusoh (Besut, Terengganu); Profesor Dr Salihuddin Radin Sumadi (Pasir Salak, Perak); Mohamad Rafidee Hassim (Kuala Krau, Pahang).

Norliza Ngadiman (Penggerang, Johor); Datuk Khairil Anuar Akhiruddin (Larut, Perak); Mohd Nor Hussin (Gua Musang, Kelantan); dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin (Lenggong, Perak).

Bekas calon kerusi DUN ialah Dr Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut, Terengganu); Kapten Wan Marzudi Wan Omar (Semerak, Kelantan); Dr Wan Zulkhairi Wan Md Zain (Tendong, Kelantan); dan Afif Syairol Abdul Rahim (Bebar, Pahang).

Mohd Faudzi yang mewakili kumpulan berkenaan dalam sidang media di sini, hari ini berkata, mereka akan bertindak sebagai 'kumpulan pemerhati' dan tidak akan menyertai mana-mana parti buat sementara waktu.

"Keputusan dibuat setelah mengambil kira pendapat suara akar umbi dan ia dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak," katanya.

Ditanya adakah mereka akan menyertai parti baharu bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Parti Pejuang Tanah Air, Mohd Faudzi berkata perkara itu masih dalam perbincangan memandangkan ia belum ditubuhkan secara rasmi. #sumber



Demikianlah Artikel 13 Orang Bekas Calon PRU14 Bersatu Umum Mereka Keluar Parti

Sekianlah artikel 13 Orang Bekas Calon PRU14 Bersatu Umum Mereka Keluar Parti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 13 Orang Bekas Calon PRU14 Bersatu Umum Mereka Keluar Parti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/13-orang-bekas-calon-pru14-bersatu-umum_13.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "13 Orang Bekas Calon PRU14 Bersatu Umum Mereka Keluar Parti"

Catat Ulasan

Loading...