Loading...

'Ayahanda Kawasan' Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh

Loading...
'Ayahanda Kawasan' Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Ayahanda Kawasan' Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Ayahanda Kawasan' Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh
link : 'Ayahanda Kawasan' Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh

Baca juga


'Ayahanda Kawasan' Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh

 

SUNGAI BULOH: Pengusaha Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, mendakwa ada individu mengaku sebagai 'Ayahanda' menghubungi beliau menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakannya membuat pendedahan mengenai kegiatan judi sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, kelmarin.

Beliau berkata, individu berkenaan menghubunginya menerusi panggilan telefon bimbit, semalam.

"Individu berkenaan memberitahu dia tidak berpuas hati dengan tindakan saya mendedahkan mengenai kegiatan judi di kawasan ini dan menyatakan tindakan saya itu adalah salah, namun tiada ugutan diterima.

"Saya sudah merujuk perkara itu kepada polis ketika perjumpaan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, pagi tadi dan beliau memaklumkan akan melakukan siasatan," katanya ditemui media selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di sini, hari ini.

Ketika tinjauan itu, Mohd Asri menunjukkan lokasi yang didakwanya dijadikan sebagai premis judi dan rokok seludup di kawasan berkenaan.

Kelmarin, Mohd Asri membuat tiga siaran langsung menerusi akaun Facebook Hot Burger Malaysia dengan mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga warga Indonesia keturunan Aceh yang menjual rokok seludup di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh.

Mohd Asri berkata, setakat ini tidak menerima sebarang ugutan berhubung pendedahan itu.

"Mungkin hari ini tiada apa-apa yang berlaku, namun bahaya itu akan datang kemudian kerana ketika ini isu masih 'panas'.

"Saya percaya selepas perkara ini reda, pastinya ada risiko kerana mesti ada yang berdendam kepada saya. Saya serahkan semuanya kepada Allah SWT," katanya.

Ditanya mengenai perjumpaannya bersama Ketua Polis Negara, beliau berkata, pertemuan itu diadakan empat mata.

"Abdul Hamid mengucapkan terima kasih kerana membantu menyalurkan maklumat kepada polis dan meminta saya menceritakan mengenai perkara yang berlaku.

"Dalam perjumpaan itu juga, Abdul Hamid memberikan kata-kata semangat kepada saya supaya tidak takut dalam mendedahkan perkara itu.

"Malah, Ketua Polis Negara juga memaklumkan akan membanteras kegiatan judi kerana beliau juga tidak suka aktiviti itu berleluasa di negara ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Asri berkata, beliau sudah dihubungi pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh, semalam, untuk diambil keterangan berkaitan laporan polis dibuat terhadapnya mengenai pendedahan itu.

"Saya sudah memaklumkan kepada polis (IPD Sungai Buloh) akan tampil ke balai bersama peguam dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

"Persoalan sama ada saya akan ditahan atau tidak selepas mengambil keterangan nanti, itu saya tidak tahu. Namun, saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.

Beliau turut memaklumkan telefon bimbit miliknya diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menjadi agensi pertama menghubungi beliau berkaitan pendedahannya.

Namun, katanya sehingga hari ini beliau belum dihubungi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). #sumber



Demikianlah Artikel 'Ayahanda Kawasan' Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh

Sekianlah artikel 'Ayahanda Kawasan' Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Ayahanda Kawasan' Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/ayahanda-kawasan-tak-puas-hati-asri.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Ayahanda Kawasan' Tak Puas Hati Asri Viral Pusat Judi Di Sungai Buloh"

Catat Ulasan

Loading...