Judul : COVID-19: Gagal Patuhi SOP, 'Makcik Gelang Pink' Di Denda RM8,000, Di Penjara Sehari !
link : COVID-19: Gagal Patuhi SOP, 'Makcik Gelang Pink' Di Denda RM8,000, Di Penjara Sehari !
COVID-19: Gagal Patuhi SOP, 'Makcik Gelang Pink' Di Denda RM8,000, Di Penjara Sehari !
IPOH: Seorang wanita warga emas dipenjara sehari dan didenda RM8,000 kerana ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian ketika dalam tempoh kuarantin wajib.
Majistret Nabihah Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu selepas Nur Emah Mohamad Hashim, 72 tahun, membuat pengakuan bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Dia didakwa tidak mematuhi pengawasan dan pemerhatian mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dengan berada di Restoran Hanaz Cafe di Halaman Meru Permai Ipoh pada pukul 8 pagi 6 Julai lalu.
Mahkamah turut memerintahkan wanita yang hadir memakai jubah serba hitam itu menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
Tindakan tertuduh didapati melanggar arahan di bawah akta tersebut yang dikeluarkan Pegawai Diberi Kuasa Syarifudin Abu Bakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada jam lebih kurang 5.30 petang 4 Julai lalu.
Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Subseksyen 22 (b) akta sama, yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 24 (a) akta sama, dengan hukuman penjara tidak lebih dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari Jabatan Kesihatan Negeri Perak Ahmad Fakurazi Abu Bakar manakala tertuduh tidak diwakili peguam. #sumber
Demikianlah Artikel COVID-19: Gagal Patuhi SOP, 'Makcik Gelang Pink' Di Denda RM8,000, Di Penjara Sehari !
Anda sekarang membaca artikel COVID-19: Gagal Patuhi SOP, 'Makcik Gelang Pink' Di Denda RM8,000, Di Penjara Sehari ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/covid-19-gagal-patuhi-sop-makcik-gelang.html
0 Response to "COVID-19: Gagal Patuhi SOP, 'Makcik Gelang Pink' Di Denda RM8,000, Di Penjara Sehari !"
Catat Ulasan