Judul : Dakwaan Di Kait Imbuhan RM500,000, ADUN Kemasik Buat Laporan Polis
link : Dakwaan Di Kait Imbuhan RM500,000, ADUN Kemasik Buat Laporan Polis
Dakwaan Di Kait Imbuhan RM500,000, ADUN Kemasik Buat Laporan Polis
KUALA TERENGGANU -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili yang dikaitkan dengan wang imbuhan RM500,000 menerusi projek pasir hari ini tampil membuat laporan polis.
Beliau yang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu bersama peguamnya Mohd Kamaruzaman A.Wahab berkata laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan terhadap isu yang mengaitkan beliau dengan perkara berkenaan selepas ia menjadi tular di media sosial.
“Ini adalah laporan pertama saya selepas ‘tangkap layar’ ditularkan. Fitnah itu telah memberi kesan besar kepada saya, keluarga dan masyarakat berdekatan dengan saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, di sini hari ini.
Menurut laporan itu, Saiful Azmi mendakwa beliau tidak terlibat dan tiada kaitan dengan urusan bersama kontraktor terbabit.
Sejak Isnin, beberapa 'tangkap layar' perbualan menerusi aplikasi WhatsApp mengenai projek pasir dan imbuhan yang perlu diberikan kepada Adun terbabit, tular di media sosial, dan ia dikatakan perbualan antara seorang pegawai kanan sebuah institusi milik kerajaan negeri, yang mewakili Adun itu dengan seorang kontraktor.
Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik mengesahkan pihaknya menerima laporan berkenaan dan memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat kes itu. #sumber
Demikianlah Artikel Dakwaan Di Kait Imbuhan RM500,000, ADUN Kemasik Buat Laporan Polis
Anda sekarang membaca artikel Dakwaan Di Kait Imbuhan RM500,000, ADUN Kemasik Buat Laporan Polis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/dakwaan-di-kait-imbuhan-rm500000-adun.html
0 Response to "Dakwaan Di Kait Imbuhan RM500,000, ADUN Kemasik Buat Laporan Polis"
Catat Ulasan