Loading...

Dr Noor Hisham: Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini

Loading...
Dr Noor Hisham: Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dr Noor Hisham: Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dr Noor Hisham: Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini
link : Dr Noor Hisham: Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini

Baca juga


Dr Noor Hisham: Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini

 

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan 11 kes baharu positif Covid-19 setakat jam 12 tengahari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut lapan adalah kes import yang melibatkan tujuh warganegara Malaysia dan satu warga asing manakala baki tiga lagi kes baharu adalah penularan tempatan.

Ini menjadikan jumlah kes positif adalah sebanyak 9,114 kes.

Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 172 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan, katanya.

Sehingga kini, hanya terdapat satu kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi namun pesakit tidak memerlukan bantuan pernafasan.

Angka korban juga kekal 125 kes.

Mengulas lanjut mengenai kes positif baharu hari ini, Dr. Noor Hisham berkata, tiga kes penularan dalam negara itu melibatkan dua rakyat tempatan manakala seorang warga asing.

“Dua kes penularan Covid-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia adalah kes saringan bergejala di sebuah pusat perubatan di Kedah.

“Mereka telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah. Kedua-dua kes ini tidak berkait rapat antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Noor Hisham, satu lagi jangkitan dalam  negara  yang  melibatkan rakyat asing pula adalah hasil saringan tahanan baharu di lokap Balai Polis Tawau, Sabah.

Bagi kes import pula, beliau berkata, terdapat tiga kes yang melibatkan individu pulang dari Singapura (dua kes di Johor, satu di Kuala Lumpur).

Tiga lagi kes di Sabah melibatkan individu pulang dari Filipina manakala masing-masing satu kes di Kuala Lumpur yang melibatkan individu baru pulang dari Australia dan Jepun. #sumber



Demikianlah Artikel Dr Noor Hisham: Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini

Sekianlah artikel Dr Noor Hisham: Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dr Noor Hisham: Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/dr-noor-hisham-malaysia-mencatatkan-11.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr Noor Hisham: Malaysia Mencatatkan 11 Kes Baharu Positif Covid-19 Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...