Loading...

Faizal Azumu: PPBM Akan Bincangkan Untuk Lantik Azmin Ali Jadi Naib Presiden Parti Itu

Loading...
Faizal Azumu: PPBM Akan Bincangkan Untuk Lantik Azmin Ali Jadi Naib Presiden Parti Itu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Faizal Azumu: PPBM Akan Bincangkan Untuk Lantik Azmin Ali Jadi Naib Presiden Parti Itu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Faizal Azumu: PPBM Akan Bincangkan Untuk Lantik Azmin Ali Jadi Naib Presiden Parti Itu
link : Faizal Azumu: PPBM Akan Bincangkan Untuk Lantik Azmin Ali Jadi Naib Presiden Parti Itu

Baca juga


Faizal Azumu: PPBM Akan Bincangkan Untuk Lantik Azmin Ali Jadi Naib Presiden Parti Itu

 

TANJUNG MALIM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan membincangkan pelantikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai seorang daripada Naib Presiden parti, kata Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti yang akan diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara dalam usaha memperkukuhkan parti.

“Kita akan bincang perkara itu (pelantikan Azmin) dalam EGM yang kita rasakan sesuai diadakan bersekali dengan perhimpunan agung tahunan PPBM (nanti),” katanya pada sidang media selepas melawat pusat media Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim hari ini.

Turut hadir Azmin dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah.

Faizal berkata demikian ketika ditanya mengenai kedudukan Azmin yang menyertai PPBM semalam, dikatakan akan dilantik sebagai naib presiden parti.

Ketika ini, PPBM mempunyai tiga Naib Presiden yang dipilih iaitu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee, Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Mohd Rafiq Naizamohideen.

Faizal berkata, EGM itu juga akan membincangkan mengenai pindaan perlembagaan parti dalam usaha menarik lebih ramai ahli bukan Melayu dan Bumiputera menyertai PPBM.

Ditanya mengenai pemilihannya sebagai timbalan presiden PPBM, Faizal yang juga Menteri Besar Perak berkata beliau yakin mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik.

“Saya kira bernasib baik kerana ada presiden (Muhyiddin Yassin) yang amat disegani ahli dan rakyat, saya juga ada banyak ‘abang’, pemimpin (berpengalaman dalam parti) yang boleh beri nasihat,” katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas isu dimainkan pembangkang selepas beliau mengaku anak angkat kepada Dr Mahathir Mohamad, Faizal berkata beliau banyak terhutang budi kepada bekas perdana menteri itu termasuk dari segi didikan dalam dunia politik.

“Perasaan saya sampai sekarang saya anggap ayahanda Tun (Mahathir) seperti bapa saya, saya tetap sayangkan Mahathir walaupun tidak lagi bersamanya sekarang,” katanya.

Mengenai PRK DUN Slim, Faizal berkata jentera PPBM ikhlas dan komited dalam bekerja membantu Barisan Nasional (BN) dan calonnya Mohd Zaidi Aziz memperoleh kemenangan. #sumber



Demikianlah Artikel Faizal Azumu: PPBM Akan Bincangkan Untuk Lantik Azmin Ali Jadi Naib Presiden Parti Itu

Sekianlah artikel Faizal Azumu: PPBM Akan Bincangkan Untuk Lantik Azmin Ali Jadi Naib Presiden Parti Itu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Faizal Azumu: PPBM Akan Bincangkan Untuk Lantik Azmin Ali Jadi Naib Presiden Parti Itu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/faizal-azumu-ppbm-akan-bincangkan-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Faizal Azumu: PPBM Akan Bincangkan Untuk Lantik Azmin Ali Jadi Naib Presiden Parti Itu"

Catat Ulasan

Loading...