Loading...

Gagal Hadir Prosiding Komital, Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah

Loading...
Gagal Hadir Prosiding Komital, Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Gagal Hadir Prosiding Komital, Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Gagal Hadir Prosiding Komital, Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah
link : Gagal Hadir Prosiding Komital, Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah

Baca juga


Gagal Hadir Prosiding Komital, Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah

 

KUALA LUMPUR  -- Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap bekas Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Datuk Azwanddin Hamzah kerana gagal hadir pada prosiding komital difailkan bekas Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim terhadapnya.

Peguam Datuk Sankara Nair, yang mewakili Kok, memberitahu media bahawa keputusan itu dibuat oleh Hakim Datin Rohani Ismail yang bersetuju dengan permohonannya supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Azwanddin selepas beliau ingkar pada arahan mahkamah untuk hadir pada prosiding pendengaran permohonan komital berkenaan.

Hakim itu membuat keputusan dalam kamarnya.  Azwanddin tidak diwakili peguam.

Permohonan komital itu difailkan berikutan Azwanddin telah melanggar terma penghakiman persetujuan dalam kes saman fitnah dikemukakan Kok terhadapnya yang telah diselesaikan secara baik, tahun lalu.

Azwanddin didakwa gagal mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar serta membayar kos kepada menteri itu dalam tempoh 45 hari bermula daripada tarikh penyelesaian kes pada 29 Julai, 2019.

Sankara berkata defendan (Azwanddin) sepatutnya tahu mengenai prosiding hari ini kerana surat pemberitahuan telah dihantar kepadanya sebelum tarikh pendengaran prosiding komital itu.

"Setiap kali mahkamah memberi tarikh (pendengaran) baharu, beliau (Azwanddin) ingkar pada arahan. Ada sekali beliau hadir (ke mahkamah) dan ada juga beliau kemukakan MC (sijil cuti sakit) dan kadangkala beliau terus diam.

"Kami juga cuba menghubunginya, namun gagal. Saya terpaksa buat permohonan untuk waran tangkap dikeluarkan terhadapnya," kata peguam itu.

Sankara berkata mahkamah kemudiannya menetapkan 25 Sept ini untuk mendengar permohonan prosiding komital berkenaan.

Kok, selaku plaintif memfailkan permohonan itu pada 8 Okt tahun lalu berikutan Azwanddin tidak melaksanakan terma penghakiman persetujuan kes itu iaitu perlu mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar iaitu Sinar Harian, The Star dan Sin Chew Daily serta membayar kos.

Azwanddin bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga akhbar berkenaan, membayar kos serta menarik balik ucapan yang telah diterbitkan semula olehnya di media sosial selepas kes itu diselesaikan secara baik.

Kok selaku plaintif memfailkan saman itu pada 8 Jan, 2019 dengan mendakwa Azwanddin sebagai presiden JMM ketika itu telah menyampaikan ucapan yang antara lain mengandungi perkataan berunsur fitnah secara lisan, fitnah bertulis dan pembohongan dalam satu perhimpunan di Dataran Seni Klang, Selangor pada 25 Dis, 2018.

Kes saman itu berhubung ucapan dan kenyataan Azwanddin yang didakwa Kok mengaitkannya dalam insiden kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya. #sumber



Demikianlah Artikel Gagal Hadir Prosiding Komital, Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah

Sekianlah artikel Gagal Hadir Prosiding Komital, Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Gagal Hadir Prosiding Komital, Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/gagal-hadir-prosiding-komital-waran.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Gagal Hadir Prosiding Komital, Waran Tangkap Terhadap Azwanddin Hamzah"

Catat Ulasan

Loading...