Loading...

Guru Sekolah Memandu Maut, Ibu Parah Kereta Di Hempap Besi Kren Malam Tadi

Loading...
Guru Sekolah Memandu Maut, Ibu Parah Kereta Di Hempap Besi Kren Malam Tadi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru Sekolah Memandu Maut, Ibu Parah Kereta Di Hempap Besi Kren Malam Tadi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru Sekolah Memandu Maut, Ibu Parah Kereta Di Hempap Besi Kren Malam Tadi
link : Guru Sekolah Memandu Maut, Ibu Parah Kereta Di Hempap Besi Kren Malam Tadi

Baca juga


Guru Sekolah Memandu Maut, Ibu Parah Kereta Di Hempap Besi Kren Malam Tadi

 

KUANTAN - Seorang tenaga pengajar di sebuah sekolah memandu maut manakala ibunya parah selepas kereta dinaiki mereka dihempap besi 'winch' yang dipercayai terjatuh dari sebuah kren dalam kejadian di Kilometer 91, Jalan Kuantan-Kuala Lumpur dekat Maran, malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9.45 malam itu, mangsa dikenali sebagai Faizal Ismail, 38, dari Felda Jengka 6, Bandar Pusat Jengka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ibunya, Fatimah Mat Hussain, 72, yang parah di bahagian kepala dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) untuk menerima rawatan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Axia milik sekolah memandu tempatnya bekerja dipercayai dalam perjalanan dari arah Temerloh menghala ke Maran.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dinaiki dua beranak itu tiba-tiba dihempap sebuah besi 'winch' dipercayai terjatuh dari sebuah kren yang belum dikenal pasti.

"Akibat kejadian mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan.

"Pihak polis masih melakukan siasatan bagi mengesan kren terlibat. Justeru, kita minta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Shafiq Azril Adlan di talian 011-14858209 bagi membantu siasatan," katanya. #sumber



Demikianlah Artikel Guru Sekolah Memandu Maut, Ibu Parah Kereta Di Hempap Besi Kren Malam Tadi

Sekianlah artikel Guru Sekolah Memandu Maut, Ibu Parah Kereta Di Hempap Besi Kren Malam Tadi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru Sekolah Memandu Maut, Ibu Parah Kereta Di Hempap Besi Kren Malam Tadi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/guru-sekolah-memandu-maut-ibu-parah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Guru Sekolah Memandu Maut, Ibu Parah Kereta Di Hempap Besi Kren Malam Tadi"

Catat Ulasan

Loading...