Judul : Inkues Kematian Nora Anne Bermula, Koroner Melawat Ke Lokasi Kejadian
link : Inkues Kematian Nora Anne Bermula, Koroner Melawat Ke Lokasi Kejadian
Inkues Kematian Nora Anne Bermula, Koroner Melawat Ke Lokasi Kejadian
SEREMBAN - Prosiding inkues kes kematian remaja Ireland Nora Anne Quoirin, bersambung hari ini apabila Koroner, Maimoonah Aid, melawat tempat penginapan dan lokasi penemuan mayat remaja Ireland itu, pagi ini.
Beliau tiba di lokasi pada jam 9.15 pagi bersama pasukan keselamatan terdiri daripada Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Jabatan Bomba dan Penyelamatan Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang diketuai Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman.
Sebelum ini, Maimoonah menetapkan inkues didengar di Mahkamah Koroner di sini, mulai 24 Ogos ini sehingga 4 September depan.
Keluarga remaja terbabit memohon inkues pada Disember tahun lalu, bagi mengetahui kejadian sebenarnya menimpa Nora Anne.
Keluarga ingin tahu sama ada remaja berkenaan diculik atau keluar sendiri dari pusat penginapannya.
Nora Anne, 15, bersama keluarganya tiba di Malaysia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di resort The Dusun Pantai Hill, Pantai dekat Seremban pada 3 Ogos tahun lalu sehari sebelum dia dilaporkan hilang pada awal pagi keesokannya.
Remaja perempuan itu disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan. #sumber
Demikianlah Artikel Inkues Kematian Nora Anne Bermula, Koroner Melawat Ke Lokasi Kejadian
Anda sekarang membaca artikel Inkues Kematian Nora Anne Bermula, Koroner Melawat Ke Lokasi Kejadian dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/inkues-kematian-nora-anne-bermula.html
0 Response to "Inkues Kematian Nora Anne Bermula, Koroner Melawat Ke Lokasi Kejadian"
Catat Ulasan