Loading...

Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub, Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara

Loading...
Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub, Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub, Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub, Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara
link : Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub, Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara

Baca juga


Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub, Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara

 

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Pahang digesa untuk menjadi pemudahcara bagi menyelesaikan kemelut antara pekebun durian di Raub dan sebuah Syarikat Tujuan Khas (SPV), Royal Pahang Durian untuk mencari jalan penyelesaian berbentuk 'menang-menang' (win-win).

Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Zin berkata, kerajaan negeri perlu mengambil pendekatan terbaik dengan mengambil kira kebaikan kedua-dua pihak dalam menangani isu ini dengan teliti.

"Saya tidak menolak bahawa ada tujuan yang baik daripada kerajaan negeri untuk memutihkan tanah tidak berdaftar supaya industri durian lebih regulated dan menjaga mutu dan kualiti durian dan memenuhi Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP).

"Kerajaan juga dijangka menambah pendapatan negeri sehingga RM500 juta setahun, tetapi hari kita semua ingat no farmers, no durians," katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini, pada Selasa.

Tindakan syarikat Royal Pahang Durian yang didakwa ingin memonopoli hasil durian dikatakan mencetus tentangan pada pekebun durian.

Pekebun mendakwa mereka menduduki tanah kerajaan berkaitan sejak 1970-an menerusi Rancangan Buku Hijau kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu, Tze Zin yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru itu juga mencadangkan satu penyelesian yang konstruktif kepada semua pihak dalam mengembangkan industri durian yang merupakan satu kejayaan kepada negara.

Sementara itu, beliau juga menasihati para pekebun durian untuk mencapai piawaian antarabangsa memandangkan durian Raub adalah hasil pertanian premium peringkat antarabangsa.

"Mereka (pekebun) harus mengambil krisis ini sebagai satu peluang transformasi," tambahnya. #sumber



Demikianlah Artikel Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub, Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara

Sekianlah artikel Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub, Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub, Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/isu-kemelut-pekebun-durian-di-raub.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Kemelut Pekebun Durian Di Raub, Kerajaan Negeri Pahang Di Gesa Jadi Pemudahcara"

Catat Ulasan

Loading...