Loading...

Isu Tulisan Jawi: Tiga NGO Buat Laporan Polis Terhadap ADUN Tras, Chow Yu Hui

Loading...
Isu Tulisan Jawi: Tiga NGO Buat Laporan Polis Terhadap ADUN Tras, Chow Yu Hui - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Tulisan Jawi: Tiga NGO Buat Laporan Polis Terhadap ADUN Tras, Chow Yu Hui, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Tulisan Jawi: Tiga NGO Buat Laporan Polis Terhadap ADUN Tras, Chow Yu Hui
link : Isu Tulisan Jawi: Tiga NGO Buat Laporan Polis Terhadap ADUN Tras, Chow Yu Hui

Baca juga


Isu Tulisan Jawi: Tiga NGO Buat Laporan Polis Terhadap ADUN Tras, Chow Yu Hui

KUANTAN - Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Pahang telah membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tras, Chow Yu Hui kerana mencetuskan suasana tidak harmoni berhubung ketetapan kerajaan Pahang mewajibkan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda perniagaan di negeri itu.

Antara NGO yang terlibat ialah Pertubuhan Kebajikan Satu Kumpulan Global (OGG), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida) Pahang dan Pertubuhan Kebajikan Amal Ukhwah Bersatu (Ukhwah)

Penasihat OGG, Hamdie Basri berkata, tindakan Yu Hui memfailkan permohonan untuk mencabar ketetapan kerajaan Pahang untuk mewajibkan tulisan Jawi di papan tanda dan iklan di Mahkamah Tinggi Kuantan pada 30 Julai lalu mengecewakan dan dilihat boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk pada hari ini.

"Kita kecewa YB Yu Hui, saya harapkan tindakan yang dibuat tidak melambangkan keseluruhan kaum Cina.

"Jadi saya minta sokongan bagi mewakili kaum Cina tampil untuk membuat perkara (laporan) sama kerana perbuatan Yu Hui boleh mencetuskan suasana tidak harmoni sedangkan negara sekarang dalam keadaan aman dan damai," katanya ketika ditemui pemberita selepas selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

Hadir sama, Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim.

Hamdie berkata, pihaknya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera terhadap Yu Hui kerana menyentuh sensitiviti kaum Melayu dan keadaan itu dilihat boleh menjejaskan masyarakat antara kaum di Pahang.

Tambahnya, tindakan kerajaan Pahang melaksanakan tulisan Jawi adalah untuk memartabatkan penulisan itu tanpa mengenepikan penulisan Cina, India dan lain-lain bangsa di negeri ini. #sumber




Demikianlah Artikel Isu Tulisan Jawi: Tiga NGO Buat Laporan Polis Terhadap ADUN Tras, Chow Yu Hui

Sekianlah artikel Isu Tulisan Jawi: Tiga NGO Buat Laporan Polis Terhadap ADUN Tras, Chow Yu Hui kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Tulisan Jawi: Tiga NGO Buat Laporan Polis Terhadap ADUN Tras, Chow Yu Hui dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/isu-tulisan-jawi-tiga-ngo-buat-laporan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Isu Tulisan Jawi: Tiga NGO Buat Laporan Polis Terhadap ADUN Tras, Chow Yu Hui"

Catat Ulasan

Loading...