Loading...

Kanak-Kanak Perempuan Empat Tahun Maut, Tertinggal 10 Jam Di Dalam Kereta Bapanya !

Loading...
Kanak-Kanak Perempuan Empat Tahun Maut, Tertinggal 10 Jam Di Dalam Kereta Bapanya ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kanak-Kanak Perempuan Empat Tahun Maut, Tertinggal 10 Jam Di Dalam Kereta Bapanya !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kanak-Kanak Perempuan Empat Tahun Maut, Tertinggal 10 Jam Di Dalam Kereta Bapanya !
link : Kanak-Kanak Perempuan Empat Tahun Maut, Tertinggal 10 Jam Di Dalam Kereta Bapanya !

Baca juga


Kanak-Kanak Perempuan Empat Tahun Maut, Tertinggal 10 Jam Di Dalam Kereta Bapanya !

 

SUNGAI PETANI - Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui meninggal dunia selepas tertinggal di dalam kereta bapanya yang diletakkan di tempat kerja di Bukit Makmur, Sungai Lalang di sini, petang semalam.

Kejadian disedari oleh bapa kanak-kanak itu yang bekerja sebagai pemandu lori ketika ingin pulang ke rumah pada 6.20 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, berkata mangsa dipercayai ditinggalkan di dalam kenderaan itu hampir 10 jam di dalam keadaan tingkap tertutup dan enjin kereta dimatikan.

"Sebelum itu bapa mangsa yang berusia 30-an itu menghantar kakak mangsa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Bayu, di sini pada 7.30 pagi dan terus ke tempat kerjanya di Bukit Makmur, Sungai Lalang.

"Bapanya terlupa bahawa mangsa berada di dalam kereta dan sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang.

"Mangsa sepatutnya dihantar ke rumah neneknya di Kampung Bukit, Sungai Pasir sebelum lelaki itu ke tempat kerja," katanya dalam satu kenyataan.

Adzli berkata, selepas sampai di tempat kerja, bapa mangsa kemudian keluar memandu lori ke beberapa kawasan sebelum pulang semula ke kilang berkenaan jam 4.30 petang.

Katanya, selepas sampai di kilang, bapa mangsa terus masuk ke dalam kilang dan menguruskan kerja di dalam bangunan.

"Ketika tiba di kereta sewaktu ingin pulang, bapa mangsa melihat mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri di bahagian tempat duduk belakang kereta.

"Lelaki itu terus membuat panggilan kecemasan untuk memaklumkan kejadian itu, bagaimanapun, kanak-kanak itu disahkan sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan pada 10 pagi ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. #sumber



Demikianlah Artikel Kanak-Kanak Perempuan Empat Tahun Maut, Tertinggal 10 Jam Di Dalam Kereta Bapanya !

Sekianlah artikel Kanak-Kanak Perempuan Empat Tahun Maut, Tertinggal 10 Jam Di Dalam Kereta Bapanya ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kanak-Kanak Perempuan Empat Tahun Maut, Tertinggal 10 Jam Di Dalam Kereta Bapanya ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/kanak-kanak-perempuan-empat-tahun-maut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kanak-Kanak Perempuan Empat Tahun Maut, Tertinggal 10 Jam Di Dalam Kereta Bapanya !"

Catat Ulasan

Loading...