Loading...

Kementerian Kewangan Senaraikan 101 Projek 'Rundingan Terus' Ketika Pentadbiran PH

Loading...
Kementerian Kewangan Senaraikan 101 Projek 'Rundingan Terus' Ketika Pentadbiran PH - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kementerian Kewangan Senaraikan 101 Projek 'Rundingan Terus' Ketika Pentadbiran PH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kementerian Kewangan Senaraikan 101 Projek 'Rundingan Terus' Ketika Pentadbiran PH
link : Kementerian Kewangan Senaraikan 101 Projek 'Rundingan Terus' Ketika Pentadbiran PH

Baca juga


Kementerian Kewangan Senaraikan 101 Projek 'Rundingan Terus' Ketika Pentadbiran PH

 

KUALA LUMPUR - Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengeluarkan senarai kementerian dan jabatan yang mendapat kelulusan perolehan kerajaan secara rundingan terus (RT) ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) membabitkan 101 projek bernilai RM6.61 billion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan hari ini berkata, senarai itu didedahkan atas dasar mendokong urus tadbir yang baik demi ketelusan pentadbiran.

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pengangkutan memperoleh kelulusan perolehan kerajaan secara RT yang tertinggi dengan nilai RM4.47 bilion membabitkan empat projek, diikuti Kementerian Pertahanan RM900 juta (6 projek), Kementerian Dalam Negeri RM517 juta (8 projek), Kementerian Komunikasi dan Multimedia RM380 juta (12 projek), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan RM170 juta (2 projek) dan Kementerian Pendidikan RM87.49 juta (7 projek).

Kementerian Kesihatan pula sebanyak RM10.87 juta membabitkan empat projek, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri RM10.36 juta (9 projek), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim RM8.46 juta (7 projek), Kementerian Kewangan RM9.03 juta (4 projek), Jabatan Perdana Menteri RM8.18 juta (5 projek), Kementerian Pembangunan Luar Bandar RM7.36 juta (2 projek) dan Kementerian Belia dan Sukan RM6.45 juta (1 projek).

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebanyak RM6.15 juta (8 projek), Kementerian Air, Tanah Dan Sumber Asli RM5.67 juta (13 projek), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga aan Masyarakat RM1.18 juta (1 projek), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi RM1.17 juta (4 projek), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya RM0.57 juta (2 projek), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna RM0.16 juta (1 projek) dan Kementerian Wilayah Persekutuan RM0.096 juta (1 projek).

Tengku Zafrul berkata, RT dibenarkan atas dasar proses perolehan yang memenuhi salah satu atau lebih daripada syarat-syarat berikut:

• Perolehan bekalan dan perkhidmatan membabitkan keperluan mendesak yang mana jika perolehan berkenaan tidak dilaksanakan dengan segera, ia boleh memudaratkan dan menjejaskan perkhidmatan serta kepentingan negara;

• Keperluan penyeragaman bagi memastikan kesesuaian penggunaan antara barangan sedia ada dengan barangan baharu yang diperoleh;

• Satu punca bekalan atau perkhidmatan iaitu pengeluaran produk atau penyediaan perkhidmatan hanya boleh dibekalkan daripada satu sumber sahaja;

• Keselamatan/ strategik yang membabitkan perolehan item atau perkhidmatan demi keselamatan atau kepentingan strategik negara; atau

• Kontrak dengan syarikat pembuat Bumiputera yang memenuhi semua syarat kelayakan.

#sumber



Demikianlah Artikel Kementerian Kewangan Senaraikan 101 Projek 'Rundingan Terus' Ketika Pentadbiran PH

Sekianlah artikel Kementerian Kewangan Senaraikan 101 Projek 'Rundingan Terus' Ketika Pentadbiran PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kementerian Kewangan Senaraikan 101 Projek 'Rundingan Terus' Ketika Pentadbiran PH dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/kementerian-kewangan-senaraikan-101.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kementerian Kewangan Senaraikan 101 Projek 'Rundingan Terus' Ketika Pentadbiran PH"

Catat Ulasan

Loading...