Loading...

KJ: Bergerak Ke Hadapan, Tiada Niat Biadab Tapi Sampai Perkara Benar

Loading...
KJ: Bergerak Ke Hadapan, Tiada Niat Biadab Tapi Sampai Perkara Benar - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KJ: Bergerak Ke Hadapan, Tiada Niat Biadab Tapi Sampai Perkara Benar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KJ: Bergerak Ke Hadapan, Tiada Niat Biadab Tapi Sampai Perkara Benar
link : KJ: Bergerak Ke Hadapan, Tiada Niat Biadab Tapi Sampai Perkara Benar

Baca juga


KJ: Bergerak Ke Hadapan, Tiada Niat Biadab Tapi Sampai Perkara Benar

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin tidak berniat bersikap biadab terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak apabila mengeluarkan kenyataan menggesa parti itu terus bergerak ke hadapan.

“Saya tiada niat untuk biadab terhadap Najib. Beliau ada hak untuk buat rayuan. Saya cuma mahu UMNO pandang dan bergerak ke hadapan,” kata Ahli Parlimen Rembau berkenaan.

Katanya, beliau sedar kenyataan tersebut mengundang kecaman tetapi menganggap perkara tersebut sebagai biasa.

“Itu perkara biasa apabila kita sampaikan perkara yang benar tapi pahit,” katanya.

Khairy dalam kenyataan sebelum ini berkata, walaupun semua orang berhak memberikan sokongan moral kepada Najib yang dijatuhi hukuman penjara berkaitan kes SRC International Sdn. Bhd. namun berharap UMNO tidak diheret bersekali dalam kes tersebut.

Ekoran kenyataan tersebut, beliau dikecam banyak pihak sehingga ada yang mendakwa Khairy cuba menjadi ‘hero’ bagi menyelamatkan keadaan parti.

“Saya setia kepada parti. Saya cuma nyatakan perkara yang ramai sedang fikir cuma mungkin takut untuk sebut,” ujarnya.

Jelas Khairy, Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah juga pernah mengeluarkan kenyataan sama namun tokoh politik berkenaan tidak pula dikecam.

“Tengku Razaleigh cakap benda yang hampir sama. Yakni, minta pemimpin tertentu untuk memberi laluan. Tetapi beliau tidak dikecam macam saya. Mungkin mereka takut nak kecam atau perli Ku Li. Mesej sama tapi kerana KJ, pembawa mesej ditembak.

“Saya tidak kisah pembawa mesej ditembak, tapi kalau tidak menghiraukan mesej yang dibawa, UMNO akan terus dipandang serong oleh rakyat.” katanya lagi.

Selasa lalu, Najib dijatuhikan hukuman penjara 12 tahun bagi tujuh pertuduhan membabitkan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram dalam kes berkaitan SRC International Sdn Bhd. #sumber




Demikianlah Artikel KJ: Bergerak Ke Hadapan, Tiada Niat Biadab Tapi Sampai Perkara Benar

Sekianlah artikel KJ: Bergerak Ke Hadapan, Tiada Niat Biadab Tapi Sampai Perkara Benar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KJ: Bergerak Ke Hadapan, Tiada Niat Biadab Tapi Sampai Perkara Benar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/kj-bergerak-ke-hadapan-tiada-niat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "KJ: Bergerak Ke Hadapan, Tiada Niat Biadab Tapi Sampai Perkara Benar"

Catat Ulasan

Loading...