Loading...

Kluster PUI Sivagangga: 12 Kes Baharu Hari Ini

Loading...
Kluster PUI Sivagangga: 12 Kes Baharu Hari Ini - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kluster PUI Sivagangga: 12 Kes Baharu Hari Ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kluster PUI Sivagangga: 12 Kes Baharu Hari Ini
link : Kluster PUI Sivagangga: 12 Kes Baharu Hari Ini

Baca juga


Kluster PUI Sivagangga: 12 Kes Baharu Hari Ini

 

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan pertambahan 13 lagi kes positif dalam Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga, termasuk 12 jangkitan baharu, hari ini.

Hingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 3,246 orang telah disaring dalam kluster itu dengan 43 kes dikesan positif membabitkan 31 di Kedah, Perlis (11) serta Pulau Pinang (satu), manakala 2,320 lagi negatif dan 883 masih menunggu keputusan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata seramai 1,884 kontak rapat telah dikenal pasti dan bakal disampel di Perlis dan Pulau Pinang susulan kes positif yang diumumkan hari ini.

"Sebanyak 10 jangkitan baharu di Perlis, hari ini, serta kes ke-9,002 yang dilaporkan di negeri itu pada 4 Ogos lalu, terdiri daripada sebuah keluarga. Ini menjadikan kesemua 11 kes di Perlis itu adalah daripada Kluster Sivagangga.

"Hasil siasatan mendapati salah seorang ahli keluarga itu (kes ke-9,054) adalah pelanggan tetap gerai milik kes ke-8,976 (generasi pertama kluster terbabit). Ini menjadikan kes ke-9,054 adalah generasi kedua dan 10 ahli keluarganya pula generasi ketiga kluster itu.

"Kesemua 10 kes baharu ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Perlis, untuk rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelaskan lanjut, Dr Noor Hisham berkata, satu kes baharu di Kedah (kes ke-9,053) adalah kontak rapat kepada kes ke-9,035 (suami kepada kes ke-90) yang telah dilaporkan, semalam.

"Satu kes baharu di Pulau Pinang (kes ke-9,052) pula disaring kerana pada 30 Julai lalu, beliau telah pulang ke kampung halaman yang juga antara kawasan yang kini berada bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO).

"Saringan kontak rapat dan aktiviti pengesanan kes secara aktif diteruskan. Langkah pencegahan seperti proses nyah kuman dan nyah cemar dijalankan di kawasan yang telah dikenal pasti berkait rapat dengan kluster ini," katanya.

Dalam pada itu, 15 pesakit pulih dilaporkan, hari ini, menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 8,728 (96.3 peratus), manakala tiada kematian baharu akibat COVID-19 dengan angka kes kekal 125 (1.38 peratus).

Ketika ini, dua kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan satu memerlukan bantuan pernafasan. #sumber



Demikianlah Artikel Kluster PUI Sivagangga: 12 Kes Baharu Hari Ini

Sekianlah artikel Kluster PUI Sivagangga: 12 Kes Baharu Hari Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kluster PUI Sivagangga: 12 Kes Baharu Hari Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/kluster-pui-sivagangga-12-kes-baharu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kluster PUI Sivagangga: 12 Kes Baharu Hari Ini"

Catat Ulasan

Loading...