Loading...

Laluan Ke Pantai Timur Lebih Lancar, Projek Naik Taraf MRR2 Gombak Siap Sepenuhnya

Loading...
Laluan Ke Pantai Timur Lebih Lancar, Projek Naik Taraf MRR2 Gombak Siap Sepenuhnya - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Laluan Ke Pantai Timur Lebih Lancar, Projek Naik Taraf MRR2 Gombak Siap Sepenuhnya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Laluan Ke Pantai Timur Lebih Lancar, Projek Naik Taraf MRR2 Gombak Siap Sepenuhnya
link : Laluan Ke Pantai Timur Lebih Lancar, Projek Naik Taraf MRR2 Gombak Siap Sepenuhnya

Baca juga


Laluan Ke Pantai Timur Lebih Lancar, Projek Naik Taraf MRR2 Gombak Siap Sepenuhnya

 

KUALA LUMPUR - Kesesakan di laluan keluar masuk ke Pantai Timur terutama ketika musim perayaan, dijangka dapat dikurangkan apabila projek menaik taraf Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Persimpangan Taman Melati, Gombak kini siap sepenuhnya untuk kegunaan pengguna jalan raya bermula hari ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata projek bernilai RM106.83 juta itu membabitkan pelebaran laluan daripada tiga kepada lima lorong di persimpangan berkenaan.

"Pada hari biasa, laluan keluar masuk menghala ke Plaza Tol Gombak menerima jumlah kenderaan sekitar 80,000 hingga 120,000 dan ia bertambah teruk sewaktu musim balik kampung semasa perayaan sehingga mencecah 180,000 kenderaan, sekali gus menyebabkan kesesakan yang agak kritikal.

"Diharap projek ini dapat memberikan manfaat kepada pengguna jalan raya dalam membantu mengurangkan kesesakan di MRR2 dan juga Terminal Bersepadu Gombak yang masih dalam pembinaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan dan merasmikan projek menaik taraf MRR2 Persimpangan Taman Melati, Gombak di sini, hari ini.

Projek menaik taraf jalan MRR2 ini dilaksanakan secara kontrak reka dan bina dan peruntukannya diperoleh menerusi Dana Mudahcara Kerjasama Awam Swasta (PPP) yang disalurkan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ia dimulakan pada 13 September 2016 dan siap sepenuhnya pada 2 Ogos tahun lepas dengan tempoh tanggungan kecacatan selama dua tahun hingga 2 Ogos 2021.

Persimpangan Jalan Taman Melati dan perhubungan laluan masuk ke hub Terminal Bersepadu Gombak (TBG) dapat membantu mengurangkan kesesakan khususnya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), iaitu laluan ke Plaza Tol Gombak yang juga pintu keluar masuk utama Lembah Klang ke Pantai Timur.

"Dijangkakan terminal itu akan siap sepenuhnya pada April atau Mei tahun depan sebelum Aidilfitri," katanya.

Menurut siaran media diedarkan, terminal itu bakal menampung perkhidmatan bas ekspres ke koridor timur dan utara serta membolehkan pengalihan lebih 700 bas ekspres daripada memasuki kawasan pusat perdagangan selepas terminal ini dibuka. #sumber



Demikianlah Artikel Laluan Ke Pantai Timur Lebih Lancar, Projek Naik Taraf MRR2 Gombak Siap Sepenuhnya

Sekianlah artikel Laluan Ke Pantai Timur Lebih Lancar, Projek Naik Taraf MRR2 Gombak Siap Sepenuhnya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Laluan Ke Pantai Timur Lebih Lancar, Projek Naik Taraf MRR2 Gombak Siap Sepenuhnya dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/laluan-ke-pantai-timur-lebih-lancar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Laluan Ke Pantai Timur Lebih Lancar, Projek Naik Taraf MRR2 Gombak Siap Sepenuhnya"

Catat Ulasan

Loading...