Loading...

Lapan NGO Lapor Polis Bantah Penerokaan Tanah Haram Di Negeri Pahang

Loading...
Lapan NGO Lapor Polis Bantah Penerokaan Tanah Haram Di Negeri Pahang - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lapan NGO Lapor Polis Bantah Penerokaan Tanah Haram Di Negeri Pahang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lapan NGO Lapor Polis Bantah Penerokaan Tanah Haram Di Negeri Pahang
link : Lapan NGO Lapor Polis Bantah Penerokaan Tanah Haram Di Negeri Pahang

Baca juga


Lapan NGO Lapor Polis Bantah Penerokaan Tanah Haram Di Negeri Pahang

KUANTAN - Lebih 60 ahli daripada lapan badan bukan kerajaan (NGO) di Pahang mengadakan himpunan aman di pekarangan Taman Kerang di sini hari ini bagi membantah penerokaan tanah haram di negeri ini.

Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata, lapan laporan polis dari lapan NGO turut dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, manakala dijangka lebih 10 lagi laporan polis dibuat NGO lain di seluruh Pahang pada hari ini.

Menurutnya, laporan dibuat bagi meminta pihak polis mengambil tindakan terhadap peneroka tanah haram sekali gus menggesa kerajaan Pahang tidak tunduk kepada sebarang tuntutan pekebun haram yang ingkar undang-undang.

"Para peneroka tanah haram ini telah merompak dan mencabul hak kerajaan negeri dan rakyat Pahang secara keseluruhannya. Kebanyakan tauke kebun durian ni bukan anak jati Raub. Hasil pula bukan untuk negeri Pahang tapi dieksport hingga ke luar negara.

"Bayangkan sehingga RM30 juta kerajaan Pahang rugi dari segi pungutan hasil. Jumlah itu jika diberikan kepada rakyat miskin, ramai yang mendapat manfaatnya.

"Ramai juga orang kampung minta tanah tapi tak dapat. Mereka pula senang-senang merompak tanah negeri. Kenapa kerajaan perlu beri tanah kepada mereka ini?" katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pekebun durian dapat perintah penggantungan sementara

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Negeri Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, selain isu tanah, kesemua NGO juga membantah perbuatan menterbalikkan bendera Malaysia serta menggesa kerajaan negeri terus tegas memperkasakan tulisan jawi dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

"Kalau anda rakyat Malaysia tentu faham bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan kita. Kenapa rakyat Malaysia mahu menterbalikkan bendera Malaysia? Apa mesej sebenar? Apa yang cuba disampaikan kepada orang luar," katanya

Peserta himpunan aman mengibarkan Jalur Gemilang dan bendera Pahang di pekarangan Taman Kerang, Kuantan hari ini.
Dalam pada itu, Jurucakap Pekida Pahang, Ahmad Syafiee Abdul Rashid berkata, pertubuhan itu meminta kerajaan negeri tidak melayan sebarang tuntutan kaum bukan Bumiputera untuk mendapatkan tanah milik Melayu dan anak tempatan.

Katanya, tindakan menterbalikkan bendera amat menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia selain meminta semua pihak untuk memperkasakan tulisan jawi. #sumber



Demikianlah Artikel Lapan NGO Lapor Polis Bantah Penerokaan Tanah Haram Di Negeri Pahang

Sekianlah artikel Lapan NGO Lapor Polis Bantah Penerokaan Tanah Haram Di Negeri Pahang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lapan NGO Lapor Polis Bantah Penerokaan Tanah Haram Di Negeri Pahang dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/lapan-ngo-lapor-polis-bantah-penerokaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lapan NGO Lapor Polis Bantah Penerokaan Tanah Haram Di Negeri Pahang"

Catat Ulasan

Loading...