Loading...

Lelaki Warga Nepal Di Syaki Pukul Pengawal Keselamatan Di Tahan Pihak Polis

Loading...
Lelaki Warga Nepal Di Syaki Pukul Pengawal Keselamatan Di Tahan Pihak Polis - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lelaki Warga Nepal Di Syaki Pukul Pengawal Keselamatan Di Tahan Pihak Polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lelaki Warga Nepal Di Syaki Pukul Pengawal Keselamatan Di Tahan Pihak Polis
link : Lelaki Warga Nepal Di Syaki Pukul Pengawal Keselamatan Di Tahan Pihak Polis

Baca juga


Lelaki Warga Nepal Di Syaki Pukul Pengawal Keselamatan Di Tahan Pihak Polis

KUALA LUMPUR -- Polis menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki terlibat dengan insiden memukul seorang pengawal keselamatan warganegara sama seperti yang tular dalam satu rakaman video pada 31 Julai lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata penahanan individu berumur 34 tahun itu dibuat pada 5 petang tadi hasil kerjasama dengan pihak Kedutaan Nepal di sini.

"Polis telah menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes ini di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju petang tadi.

"Susulan itu suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Rajab Ahad berkata polis bagaimanapun masih mengesan keberadaan mangsa selain menyeru orang ramai untuk tampil membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Shahrul Azzuan Sharom di talian 016-2014334 atau ASP M Hussin Sollehuddin Zolkifly (Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Wangsa Maju) di talian 017-2446363 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Pada 31 Julai lepas, satu video berdurasi 44 saat tular di media sosial memaparkan insiden seorang lelaki menampar dan memukul seorang pengawal keselamatan yang dipercayai warga asing dengan sebatang kayu.

Susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan sedang mengesan mangsa serta suspek yang identitinya sudah dikenal pasti.

Siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah kondominium di Jalan Madrasah, Wangsa Maju pada 7 Julai lepas. #sumber




Demikianlah Artikel Lelaki Warga Nepal Di Syaki Pukul Pengawal Keselamatan Di Tahan Pihak Polis

Sekianlah artikel Lelaki Warga Nepal Di Syaki Pukul Pengawal Keselamatan Di Tahan Pihak Polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lelaki Warga Nepal Di Syaki Pukul Pengawal Keselamatan Di Tahan Pihak Polis dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/lelaki-warga-nepal-di-syaki-pukul.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lelaki Warga Nepal Di Syaki Pukul Pengawal Keselamatan Di Tahan Pihak Polis"

Catat Ulasan

Loading...