Loading...

Mahkamah Tolak Permohonan Najib Batalkan Pertuduhan Pinda Laporan 1MDB

Loading...
Mahkamah Tolak Permohonan Najib Batalkan Pertuduhan Pinda Laporan 1MDB - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mahkamah Tolak Permohonan Najib Batalkan Pertuduhan Pinda Laporan 1MDB, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mahkamah Tolak Permohonan Najib Batalkan Pertuduhan Pinda Laporan 1MDB
link : Mahkamah Tolak Permohonan Najib Batalkan Pertuduhan Pinda Laporan 1MDB

Baca juga


Mahkamah Tolak Permohonan Najib Batalkan Pertuduhan Pinda Laporan 1MDB

 

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membatalkan pertuduhan meminda laporan akhir audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya bersama-sama bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas mendapati pertuduhan terhadap Najib, 67, tidak mengelirukan seperti didakwa bekas perdana menteri itu.

“Alasan-alasan diberikan oleh pemohon (Najib) sepatutnya hanya dipertimbangkan pada akhir kes pendakwaan. Masih terlalu awal untuk mahkamah menimbangkan alasan berkenaan (untuk membatalkan pertuduhan) pada peringkat ini," katanya.

Najib, 67, memohon dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan meminda Laporan Audit 1MDB yang pertuduhan itu didakwanya tidak berasas dan bersifat menindas.

Ahli Parlimen (MP) Pekan itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dibuat terhadap laporan akhir audit 1MDB yang telah dimuktamadkan Ketua Audit Negara, sebelum laporan itu 'sekali lagi dimuktamadkan' dan dibentangkan di hadapan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelak sebarang tindakan diambil terhadapnya.

Najib didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat, Wilayah Persekutuan Putrajaya, antara 22 dan 26 Feb 2016.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Arul Kanda, 44, dituduh bersubahat dengan Najib membuat pindaan terhadap laporan itu  bagi melindungi MP Pekan itu daripada tertakluk kepada tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, pada masa dan di tempat sama, selaras Seksyen 28 (1) (c) Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) dan 24 (1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan. #sumber



Demikianlah Artikel Mahkamah Tolak Permohonan Najib Batalkan Pertuduhan Pinda Laporan 1MDB

Sekianlah artikel Mahkamah Tolak Permohonan Najib Batalkan Pertuduhan Pinda Laporan 1MDB kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Tolak Permohonan Najib Batalkan Pertuduhan Pinda Laporan 1MDB dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/mahkamah-tolak-permohonan-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah Tolak Permohonan Najib Batalkan Pertuduhan Pinda Laporan 1MDB"

Catat Ulasan

Loading...