Loading...

Mukhriz Sindir Individu Yang Mengaku 'Anak' Kepada Tun Dr Mahathir

Loading...
Mukhriz Sindir Individu Yang Mengaku 'Anak' Kepada Tun Dr Mahathir - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mukhriz Sindir Individu Yang Mengaku 'Anak' Kepada Tun Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mukhriz Sindir Individu Yang Mengaku 'Anak' Kepada Tun Dr Mahathir
link : Mukhriz Sindir Individu Yang Mengaku 'Anak' Kepada Tun Dr Mahathir

Baca juga


Mukhriz Sindir Individu Yang Mengaku 'Anak' Kepada Tun Dr Mahathir

 

TANJUNG MALIM - "Semua mengaku anak Tun, saya pun tak perasan adik-beradik saya ramai macam itu," sindir Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir terhadap beberapa individu yang mengaku rapat dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan dibuat oleh beberapa pemimpin politik yang mendakwa mereka mempunyai hubungan istimewa dengan Dr Mahathir.

Menurutnya, lebih mengarut lagi, mereka yang mendakwa rapat dengan bapanya itu adalah individu yang mengkhianati Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Dr Mahathir sendiri.

"Jangan ada siapa-siapa mengata saya dan Tun, kalau ada nanti orang itu akan kena tumbuk. Ada orang mengakulah, saya tak tahu betul ke tak. Ada orang kata balik baik dia tumbuk diri dia sendiri.

"Jangan percaya benda-benda macam ini, saya bersama Tun dan kawan-kawan memang dok gelak sahaja sebab ada orang mengaku macam-macam, anak angkat Tun, mengaku anak didik, terbaharu sekali jadi anak buah.

"Semua mengaku anak, saya pun tak perasan adik-beradik saya ramai macam itu, di Perak pun ada. Saya tanya dekat Tun, bila masa ada anak ramai macam ini. Jadi jangan percaya, semua karut tambah lagi yang khianat kepada saya," katanya ketika berucap pada Majlis Memperkenalkan Calon PRK N58 Slim di sini malam tadi.

Dalam laporan media sebelum ini, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memberi amaran kepada ahli parti itu agar menghormati bekas pemimpin mereka iaitu Dr Mahathir dan Mukhriz.

Beliau dilaporkan sanggup menumbuk muka mana-mana individu yang bercakap buruk mengenai kedua-dua bekas pemimpin Bersatu itu. #sumber



Demikianlah Artikel Mukhriz Sindir Individu Yang Mengaku 'Anak' Kepada Tun Dr Mahathir

Sekianlah artikel Mukhriz Sindir Individu Yang Mengaku 'Anak' Kepada Tun Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mukhriz Sindir Individu Yang Mengaku 'Anak' Kepada Tun Dr Mahathir dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/mukhriz-sindir-individu-yang-mengaku.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mukhriz Sindir Individu Yang Mengaku 'Anak' Kepada Tun Dr Mahathir"

Catat Ulasan

Loading...