Loading...

Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai Saksi, Kenyataan Saksi Dalam Kes SRC

Loading...
Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai Saksi, Kenyataan Saksi Dalam Kes SRC - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai Saksi, Kenyataan Saksi Dalam Kes SRC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai Saksi, Kenyataan Saksi Dalam Kes SRC
link : Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai Saksi, Kenyataan Saksi Dalam Kes SRC

Baca juga


Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai Saksi, Kenyataan Saksi Dalam Kes SRC

PUTRAJAYA -- Datuk Seri Najib Tun Razak menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya bagi dibekalkan senarai saksi yang ditemu bual Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan kenyataan saksi-saksi semasa siasatan dalam kes SRC International Sdn Bhd.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, P. Ravinthran dan Datuk Nordin Hassan dengan itu membatalkan rayuan itu.

Mahkamah dimaklumkan mengenai penarikan balik rayuan itu oleh peguam Nur Syahirah Hanipah yang mewakili Najib.

Peguam itu, bagaimanapun, memohon supaya mahkamah merekodkan bahawa bekas perdana menteri berhak untuk membangkitkan isu itu dalam rayuan substantif beliau, dan menurutnya perkara itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram berkata beliau tiada sebarang bantahan terhadap permohonan penarikan balik rayuan itu serta hak Najib untuk membangkitkan isu itu dalam rayuan substantifnya.

Pada 15 Nov 2019, Hakim Mahkamah Tinggi  Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan Najib bagi mendapatkan senarai saksi dan kenyataan saksi-saksi untuk membolehkan beliau menyediakan pembelaannya.

Najib, 67, memohon senarai saksi dan kenyataan saksi-saksi selepas beliau diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Nov tahun lepas untuk  membela diri terhadap tujuh pertuduhan berkaitan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Pada 28 Julai tahun ini,  Ahli Parlimen Pekan itu dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun jika gagal membayar denda itu selepas beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tujuh pertuduhan itu.

Beliau memperoleh penangguhan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuannya di Mahkamah Rayuan diputuskan.

Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan berkaitan salah guna kuasa, penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga kesalahan pecah amanah. Beliau turut dijatuhi hukuman penjara 10 tahun masing-masing bagi tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Mahkamah Tinggi, bagaimanapun, memerintahkan semua hukuman itu berjalan serentak.

Selepas prosiding mahkamah itu, Syahirah memberitahu media bahawa pihaknya telah mendapat kebenaran mahkamah bagi kehadiran Najib di Mahkamah Rayuan dikecualikan.

Katanya prosiding hari ini hanya membabitkan penarikan balik rayuan dan Najib perlu hadir pada perbicaraan kes rasuah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dihadapinya yang sedang berlangsung di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. #sumber




Demikianlah Artikel Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai Saksi, Kenyataan Saksi Dalam Kes SRC

Sekianlah artikel Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai Saksi, Kenyataan Saksi Dalam Kes SRC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai Saksi, Kenyataan Saksi Dalam Kes SRC dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/najib-tarik-balik-rayuan-berhubung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib Tarik Balik Rayuan Berhubung Senarai Saksi, Kenyataan Saksi Dalam Kes SRC"

Catat Ulasan

Loading...