Judul : PAS Sah Dalam Jawatankuasa Penaja PN Bersama PPBM, Tak Pasti BN Turut Serta
link : PAS Sah Dalam Jawatankuasa Penaja PN Bersama PPBM, Tak Pasti BN Turut Serta
PAS Sah Dalam Jawatankuasa Penaja PN Bersama PPBM, Tak Pasti BN Turut Serta
PUTRAJAYA - Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengesahkan parti Islam itu dalam jawatankuasa penaja untuk mendaftarkan Perikatan Nasional bersama PPBM, namun tidak pasti adakah sekutunya, Barisan Nasional akan turut serta.
“PAS ada, PPBM ada, BN kena tanya BN, saya tidak pasti,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah watikah pelantikan anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) hari ini.
“Jawatankuasa penaja boleh mana-mana pihak. Lepas ditubuhkan, ahli lain boleh masuk.”
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Mohd Redzuan Yusof, pada sidang media memaklumkan pendaftaran PN sedang dilakukan.
Menurut laporan media, pendaftaran PN sebagai sebuah gabungan sudah dihantar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Sekutu PAS dalam Muafakat Nasional, Umno sebelum ini mengumumkan ia tidak akan menyertai PN, sebaliknya mahu memperkasakan MN. #sumber
Demikianlah Artikel PAS Sah Dalam Jawatankuasa Penaja PN Bersama PPBM, Tak Pasti BN Turut Serta
Anda sekarang membaca artikel PAS Sah Dalam Jawatankuasa Penaja PN Bersama PPBM, Tak Pasti BN Turut Serta dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/pas-sah-dalam-jawatankuasa-penaja-pn.html

0 Response to "PAS Sah Dalam Jawatankuasa Penaja PN Bersama PPBM, Tak Pasti BN Turut Serta"
Catat Ulasan