Loading...

Peguam Syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanu Jadi Calon Bebas Wakili Kem Tun Dr Mahathir

Loading...
Peguam Syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanu Jadi Calon Bebas Wakili Kem Tun Dr Mahathir - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam Syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanu Jadi Calon Bebas Wakili Kem Tun Dr Mahathir, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam Syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanu Jadi Calon Bebas Wakili Kem Tun Dr Mahathir
link : Peguam Syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanu Jadi Calon Bebas Wakili Kem Tun Dr Mahathir

Baca juga


Peguam Syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanu Jadi Calon Bebas Wakili Kem Tun Dr Mahathir

 

TANJUNG MALIM  -- Kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menamakan seorang peguam sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, hujung bulan ini.

Pengumuman dan pengenalan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, sebagai calon yang akan bertanding atas tiket Bebas itu dibuat dalam satu majlis di sini, malam ini yang turut dihadiri Dr Mahathir.

PRK DUN Slim akan diadakan pada 29 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lepas.

Amir Khusyairi, peguam syarie dan juga peguam bela merupakan anak jati Perak, mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta fasih dalam tiga bahasa termasuk bahasa Arab.

Beliau mempunyai lima orang anak manakala isterinya Dr Nur Aainaa Othman merupakan doktor pakar radiologi di Hospital Teluk Intan serta doktor pakar jemputan di Hospital Slim River.

Terdahulu, petang tadi Barisan Nasional (BN) menamakan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz sebagai calonnya dalam PRK DUN Slim.

Semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham Mohd Khusairi yang bertanding mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN dan daripada jumlah itu 32 membentuk Perikatan Nasional terdiri daripada 25 BN yang kesemuanya UMNO, Bersatu (empat), PAS (tiga) manakala DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga), Bebas (dua) serta Gerakan (satu).  #sumber



Demikianlah Artikel Peguam Syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanu Jadi Calon Bebas Wakili Kem Tun Dr Mahathir

Sekianlah artikel Peguam Syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanu Jadi Calon Bebas Wakili Kem Tun Dr Mahathir kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam Syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanu Jadi Calon Bebas Wakili Kem Tun Dr Mahathir dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2020/08/peguam-syarie-amir-khusyairi-mohamad.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Peguam Syarie, Amir Khusyairi Mohamad Tanu Jadi Calon Bebas Wakili Kem Tun Dr Mahathir"

Catat Ulasan

Loading...